Tuesday, January 18, 2011

Kesayangan yang akan selalu disayang,

Assalamualaikum...

Hai semua! So hari ni, saya nak bercerita tentang obsesi yang terlalu tinggi terhadap gitar :) Saya start bermain gitar dalam bulan April tahun 2009. Mesti ramai kata saya bermain muzik sebab ia sekarang adalah trend. Biar saya jelaskan disini, saya mempunyai keluarga yang berfikiran sangat terbuka mengenai muzik. Ayah percaya yang muzik ni dapat menggerakkan otak kiri  dan kanan dan membantu kepada sistem pembelajaran .  Betul! ini teori yang saya experience sendiri . Sebelum kelahiran saya didunia ni, ayah memang dah hantar kak iza dan kak ika belajar main organ atau pun setengah orang panggil electone  :) Lepastu, my kakak-kakak smua berhenti sbb dyorang tak minat. So, waktu saya form 2, ayah ada tanya saya dan adik, nak main muzik apa? Kakak pun ada pesan, kalau nak main muzik, biar kita minat. Sebab kalau instrument tu kita minat, kita akan praktis without orang suruh -,- So, saya memilih untuk bermain gitar, dan adik pula, main piano :) 

So, dari situ lah saya start pergi kelas, belajar segalanya. Dari tak tahu kod ape, sehingga lah tahu main lagu-lagu yang senang. Hihi Waktu first pergi kelas gitar, ayah belikan saya gitar Santa Cruz. Gitar tu lah yang menemani di kala bosan dan dikala tak reti main apa-apa lagi. Memang rase "lame" giler waktu tu sbb ade gitar tapi tak reti main. Ingat lagi, kakak-kakak balik dan suruh main gitar, saya tunjuk 2,3 kod, then letak gitar. Bila kakak tanya kenapa, saya kata itu saja yang belajar. Bayangkan, 6 bulan, macam tu je. Tiap kali kakak-kakak balik, mesti kena marah sbb takde progress. Huuuu~

" Inilah gitar yang teman dari tak cekap sehingga lah boleh main :") "


Kemudian, oleh sebab memang takde progress, ayah decide untuk masuk kan saya ke salah satu Yamaha  centre di Batu Pahat. Lepas belajar dengan seorang cikgu yang awesome, Alhamdulillah, saya semakin improve. Bila kakak-kakak balik je, dyorang tak suruh pun, saya ambil gitar dan main, konon nak tunjuk dah hebat main gitar lah kannn. Sekali kakak cakap, SUMBANG LAH WA~ Pffttt. Setepek kena. Amek kau. Haha Tapi, lepas tu, saya selalu practice dan makin rajin apabila dijemput untuk buat persembahan disekitar Batu Pahat. Dan, oleh sebab selalu buat persembahan ni lah, ayah saya belikan satu gitar unplugged yang berjenama Starsun. Dialah yang saya usung kesana kemari di sekitar Batu Pahat :")

" Dia ni lah teman hilang gugup bila atas pentas :') "

Kemudian, sbb dah okay sikit main Pop, ayah dan kakak cadangkan untuk saya belajar classical guitar pula. Time tu barulah rasa, aduhai, kenapa yea pilih gitar at the first place? Haha sampai berdarah-darah jari, tercabut-cabut kuku. Nampak dramatik tak bila cakap macam ni? Teheee So, lahirlah guitar classical Yamaha pulak :) 

" Classical kena belajar sbb it can help you improves your skill :) "


Lepas tu, pertengahan 2010, ayah saya beri cadangan suruh saya form a band sbb ayah nak suruh masuk Battle of the band di Kulai, Johor. Tapi, waktu tu, bukan saya yang cari, tapi ayah yang cari. Huhu Nama band saya OCGen 95' tapi dah lama jugak tak jamming dengan diorang lepas competition tu sbb masing-masing busy nak PMR :) Time tu, saya hanya penyanyi je dalam band tu, oleh sbb guitarist saya tak de guitar, so my ayah decide untuk belikan satu electric guitar untuk saya tapi bagi pinjam dekat my guitarist dulu untuk competition itu. Oh! Video competition bersama band saya ade dekat laman youtube saya. Maka, lahirlah Ibanez saya tanpa disangka-sangka. Heeeeee~
" Baby blue. Tak pernah lagi main ini depan orang ramai :) "
  
Lepas tu, saya semakin banyak dapat tawaran buat persembahan. Lalu, lepas ayah saya berbincang dengan kakak-kakak saya, ayah saya memutuskan untuk membelikan saya sebuah gitar baru iaitu epiphone sbb sounding untuk gitar ni lebih bagus dan jelas. Sekarang, dialah yang saya usung kesana-kemari untuk persembahan. Dialah penghilang gugup waktu atas pentas.

 " Dah jauh dah dia ni berjalan dengan saya :) "

So, itulah saja mengenai gitar saya. Tak ade nama specific lagi, tapi saya sayang semua. Oh! Terima kasih ayah sbb banyak melabur duit beli gitar-gitar ini. Dari hanya menyanyi di youtube, sampai lah satu stage dengan Monologue dan Liyana Fizi, semua pasal gitar-gitar ini. Terima kasih daun keladi, Kalau ade rezeki belikan gitar lagi, eyh ayah ? Heeee :)

K lah, nanti saya update lagi. Mungkin nak cerita pasal orang-orang pulak? Heeee. Much love. Salam.


notakalauterlupa ; terima kasih kepada smua orang sama ada yang baru atau yang lama yang sudi baca blog saya. Saya sayang kau orang semua :)




4 comments:

Afifah Abdoh said...

woww jealousnya! saya selalu nak belajar main gitar, memang tengok orang lain main macam best gila. tapi macam mana nak buat gitar pun tak ada.mintak mak ayah beli dorang kata membazir. tapi bila fikir2 memang membazir sebab main pun tak reti. nak masuk kelas pun macam dah terlambat sebab dah 19 tahun. HAHAHA lame gila aku T___T

Kyra said...

banyak jugak gitar .. =)

gud luck .. =)

aLya said...

uish..banyaknye koleksi die :)
nanti bolehla najwa upload video ngan baby blue plak..hehe

farah amira said...

bertuah dapat ayah yang sporting pasal music.
sy pun br main violin.tapi itu mmg minat saya.dan tak berapa nak disokong keluarga sebab itulah semua barang² music ni sy beli sendiri..
hihi..
so lucky u...