Tuesday, September 13, 2011

Raya Saya,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome! Hari ini nak cerita pasal raya saya tahun ini. Ramai yang tanya, 

  • ada pape perubahan ke raya tahun ini?
  • baju raya berapa pasang?
  • tahun ni raya sebagai artis, macam mana?
  • duit raya dapat ke beri?
  • raya tahun ini macam mana?
Jadi, disini , dengan segala rasa rendah hati, rendah diri dan fakta yang saya memang rendah, hihi saya ingin menjawab segala persoalan tersebut.

Pertama, perubahan? Alhamdulillah, tahun ini takde banyak sangat pun perubahan. Biasa-biasa je. Ini bukan auta tau, ni memang fakta. Saya masih kena kemas rumah, saya lah yang kena cuci toilet setiap tahun dan saya masih kena tolong kalau ada masak-masak ke apa. Apa yang berbeza adalah, dapat lebih banyak ucapan, lebih ramai kenalan dan lebih banyak duit raya? hihi gurau! :p 

Baju raya berapa pasang? Sebenarnya, baju raya saya ada dua pasang je. Satu, jubah yang mama saya belikan waktu dia pergi Haji awal tahun hari tu, warna pink, dan satu lagi , mama saya belikan baju kurung moden warna macam kuning-kuning ke hijau ke tak tahu lah. Tapi corak dia macam songket sikit :) So, seperti tahun-tahun lepas, ala kadar saja. Tak de apa yang berubah pun.

Tahun ni raya sebagai artis? Erm macam biasalah. Tak de artis mana pun. Cuma bila ada orang datang rumah tu macam terperanjat lah yang saya ni yang nyanyi dekat youtube tu. Siap suruh amek gitar, nyanyi depan dia untuk buktikan saya ni betul ke Najwa Latif, boleh nyanyi live ke tidak Haha Tapi, masih ada je orang yang datang rumah dan tak kenal saya, so, tak lah artis sangat pun kan? But, Alhamdulillah, dapat banyak kunjungan dari kawan-kawan yang awesome. You know I love to meet new people kan? So, benda ni mcm bless lah untuk saya :)

Duit rayaaaa??? Of course lah saya dapat. Saya kan masih berumur 16 tahun, masih muda, masih sekolah, masih di bawah saraan keluarga, Makanya, kalau nampak saya dimana-mana, sila hulurkan sampul duit raya berserta isinya sekali okay? Hihi :p 

Raya tahun ini macam mana? Alhamdulillah, macam biasa. Raya pertama pergi ziarah kubur, pergi bersalam-salaman mengerat silaturrahim antara keluarga, pergi balik kampung, pergi tengok wayang (eh eh? haha )  , pergi beraya, pergi tidur. hahaha Raya kedua sibuk dengan marhaban lelaki di rumah saya, raya ketiga marhaban lelaki di rumah nenek pula. Lepas tu marhaban perempuan, and the list go on and on :) Seronok! :D 


Jadi, itu sajalah untuk kali ini. Yang lain, sila enjoy gambar okay? :D

Raya pertama :D 

K.A.M.I 

Jiha, Wawa, Kak Ika, Kak Iza :) 

Ni konon-konon nak amek hati mama sebab dia penat kemas depan ni. Hihi :p 


Jiha dengan kak ika :D
Waktu ni dekat kampung Mama. 


 Kak Iza dengan Jiha :D 

  Girls Talk, you knowww :p 

 Saya dengan Jiha :D 

Makan time.
Rumah Tok Ngah masak sedap! 
Selalu ada lontong :D

Datang rumah saya, kena lepas otai ni dulu, 
baru boleh dapat duit raya. Haha! 

Raya Kedua ;


Jubah Pink Saya yang mama beli kat Mekah.
Time ni ada marhaban kat rumah tok mak.
Rumah saya punya marhaban, lupa amek gambar. 
RUGI! :( 

 Ni mak long saya tengah bagi duit raya dekat budak-budak kecil
yang datang marhaban.
Belakang tu rumah tok mak saya :D 


Ahh Colors! Comel kannn? :D 


Okaylah. Nanti saya update lagi okay? Spread the love NL'sAF! Dan Selamat Hari Raya :) 







Sunday, September 11, 2011

InDiana Boutique,

Assalamualaikum...


Hai kawan-kawan yang super awesome. Hari ni nak share lagi satu blogshop hijab yang best. Pernah dengar InDiana Boutique? Online Blogshop ini adalah kepunyaan Kak Yana yang cantik dan super cun walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata. Hee.

InDiana Boutique ini best sangat sebab dia banyak jual tudung Syria yang best-best dan lawa. Inner neck pun ada. Material dia sangat selesa dan tak panas sebab banyak gunakan cotton yang lembut. Design?? Sangat cantik dan bukan macam 'typical' tudung Syria yang ada dekat pasaran sekarang ni. Tak percaya? Tengok ni :)


  Ni nama dia Syria Polos Embossed.
Kalau tengok betul-betul, yang bunga Ros tu dibuat daripada carik-carik kain.
Rare gila kan? Dan cantik!
Design tudung ni pun labuh dan menutup dada :)

Harga : RM 38


 Ini nama dia Syria Polos Ropol Ala Pearl Haya
Okay, yang ini memang eye catcher!
Saya nak yang warna hitam+ropol merah tu.. *droolsss*
Yang bestnya material tudung ni, walaupun takde awning, tapi kain dia masih tak melekap didahi.
Jadi tak perlu nak risau takut muka nampak bulat ke apa :)

Ni nama dia Tudung Cotton + Velvet 
Dia punya design ada mirip-mirip macam Jeans Syria kan?
Tapi awning dia cantik sebab dia letak desing bunga-bunga dan polka dots :)
Simple yet stunning! 
Harga : RM 42 

Kalau beli 3 atau lebih dapat harga istimewa iaitu RM 40 :)


Jadi, kepada anda yang dah tergoda dan banyak mengumpul koleksi duit raya, silalah jenguk InDiana Boutique. Lebih baik jenguk cepat sebab kebanyakan tudung yang dijual dekat blogshop ni macam goreng pisang panas, asyik SOLD OUT je semua. Jadi, jangan gigit jari pula nanti tengok tudung yang anda suka dipakai orang lain. Hihi 

Oh ye, kepada orang yang nak beli borong juga amatlah dialu-alukan. Boleh dapat special price kalau ambil tudung dengan kuantiti yang banyak dari InDiana Boutique ni. Berminat boleh email ke princess_gurlz714@yahoo.com atau sms ke 019-3168871 (Kak Yana) Minimum bagi belian borongan adalah 20 helai ye. Lagi banyak, lagi istimewa harga *kenyit mata* 

Okaylah, selamat bershopping kawan-kawan yang super awesome :) Wasalam!






Saturday, September 10, 2011

Carta Hati,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome :) Jadi, hari ini saya nak cerita pasal saya masuk studio untuk rakaman single kedua. Eksaited? Mesti! Nervous? Sangat!

Jadi, dengan adanya entry ini, terjawablah soalan-soalan kawan-kawan yang awesome tentang single kedua saya. InshaAllah single kedua saya akan keluar dalam akhir tahun ini, kalau takde aral. Doa-doakan lah ye? Hee. Untuk genre kali ini, NAR memilih untuk buat lagu versi Light Acoustic. Nak tahu mcm mana? Tunggu lah nanti. Baru surprise :p hihi Lagu yang terpilih untuk dijadikan single kedua saya adalah Carta Hati. 



Pada sesiapa yang tak tahu lagu carta hati ni, lagu ini merupakan lagu pertama yang saya buat sendiri dan lirik ditulis oleh kakak saya. Inilah versi pertama yang saya upload dekat youtube :) Nak dengar versi studio punya, kenalah tunggu :p hehe So, inilah gambar-gambar yang sempat diambil waktu sesi rakaman Carta Hati :)
Muka excited. Hihi
Dekat dalam studio tu Uncle Eddie, 
macam CMB,
dia producer lagu ini :) 

Tulis lirik Carta Hati.
Dah lupa. hihi

 Menghayati. hihi


While recording :)

Dah siap recording, tiba-tiba abang Amir kata ada Kak Aliyah dekat studio. Jadi saya pun ambil gambar dengan dia. Dia sangat cantik. SANGAT! 


Alhamdulillah, sesi rakaman tu berjalan dengan lancar. Harap-harap bila lagu Carta Hati ini keluar, akan diterima dengan baik sama macam CMB, amin! Tolong doakan agar semua berjalan dengan lancar okay? :) Well, update lagi nanti. Spread love :) Wasalam! 





Friday, September 9, 2011

Selamat Hari Raya,

Assalamualaikum....

Hai kawan-kawan yang super awesome. Mula-mula nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Sibuk beraya, maklumlah, saya kan masih muda, harus menggunakan masa muda saya untuk mengumpul duit raya sebanyak mungkin *senyum comel*  Baiklah, mula-mula saya nak cakap ; 



Maaflah. Dah raya kesepuluh, baru nak ucapkan selamat hari raya. Tapi, saya tahu kawan-kawan saya yang awesome ni mesti beraya dengan jayanya kan? Hihi 

Okaylah, jadi hari ini saya nak update pasal persembahan dan rancangan yang saya buat untuk program Hari Raya. Bulan puasa hari tu, jadual nyanyian saya tak lah ketat mana. Saya banyak habiskan masa dekat rumah, buka puasa pun banyak dengan keluarga, Alhamdulillah :) 

Mula-mula sekali adalah rakaman untuk KLFM. Best gila :D Saya nyanyi lagu Cinta Muka Buku dan siap ada lakonan sekali saya datang beraya bawa kuih dari Johor. Hihi Tapi, it was a blast! Saya seronok gila. Rakaman dibuat di sebuah rumah di Ampang. Seronok sangat sebab ada DJ-DJ dari KL FM, abang Awi Rafael, dan Abang Daus AF7. Jom tengok gambar :) 

 Abang Awi Rafael ni seronok gila.
Dia sempoi je dan sangat gila-gila.

 Abang Daus pun best gila.
Senyum je. Peramah! 
:D

Ni waktu tu ada buat mini video untuk blog abang Daus.
It was fun.
Banyak gila saya ketawa hari tu. Hihi

Overall, saya sangat seronok buat rakaman hari raya tu. DJ-DJ KL fm, krew, dan semua orang yang terlibat sangatlah baik dan seronok. Tak rasa kekok pun walaupun ada setengah daripadanya saya baru jumpa hari itu. They make me feel like I'm home :) Thank you KLFM dan TVi tak silap saya :)

Persembahan yang seterusnya adalah di Shah Alam. Persembahan ini dibuat 2 hari sebelum hari raya. Yang bestnya persembahan ini, mama, kakak-kakak dan adik saya pun turut serta sekali. So, kami macam buat mini-vacation walaupun pada bulan puasa. Seronok! Kami sampai je dekat KL, kami pergi shopping raya sekejap. On the way nalik ke shah alam, kami lalu dekat depan Muzium Negara dan terbaca yang ada Pameran Kapal Karam.Oleh kerana kami ni memang suka nak jalan-jalan dekat Muzium ni, Mama saya pun ajak lah pergi Muzium Negara. It was FUN! 

 Dekat depan Muzium tu :)
Khazanah Kapal Karam 

 With my Lil Sister, Najiha :)

 Us :) 

Kalau tengok betul-betul, belakang ni dia buat macam arca kapal karam mirip
kapal yang karam dekat Desaru, Johor :) 

Dah settle mini-vacation kitorang, kami pun bergerak dan bersiap-siap untuk ke Persembahan Raya di Plaza Shah Alam, Seksyen 9. Saya buat persembahan dengan abang Zahid dan Kak Mimie :) It was fun. Terima kasih kepada semua yang datang dan memberikan sokongan :) 

 Waktu saya buat persembahan :)

 Ni sesi ramah mesra bersama kawan-kawan yang super awesome! :D

Inilah artis yang terlibat :)


Overall, I had fun! dan saya jumpa dengan Syam Kamarul. Alaaaa, yang buat cover CMB guna ukelele tu. Suara dia best gila! Tak percayaaa saya jumpa dia? Haaa, tengok ni! 

heeeee :D

Okaylah, nanti saya update lagi pasal Hari Raya saya pula. Keep on spreading love people :) Wasalam!