Sunday, February 27, 2011

Entri ini didedikasikan kepada,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome! Okay semalam adalah antara hari yang paling heaven gila. Kerana apa? Kerana semalam dekat sekolah ada sambutan Maulidur Rasul, dan pada masa yang sama one of my BFF sambut birthday dia :) But this one is a surprise party for the birthday girl lah kan :P 

Seronok gila semalam sebab kitorang buat surprise ni dekat depan rumah dia. Kami dipecahkan kepada dua group, satu group ikut my bff ni balik, and satu lagi group, yang mana group inilah yang akan membawa kek, datang kemudian :) Sumpah memang macam rombongan cik kiah lah semalam HAHA. So, after rombongan cik kiah lagi satu dh sampai , kitorang pun nyanyi lagu happy birthday untuk dia . Selepas berlakunya segala riuh rendah yang mana situasinya sama macam kalau rumah terbakar :P, saya pun tanyalah dengan birthday girl ini, "Apakah perasaan anda sekarang?" Maka, dia pun menjawab, "Saya sangat happy tapi SAYA DAH TAHU SEBENARNYA SEBAB ADA CIKGU BERITAHU TADI" Okay, yang ini memang kena mengeluh panjang betullah. =,=" hehe 

So, saya dah penat nak menulis, jadi let the pictures do the talking k? Enjoy!:)

Mula-mula, sambutan maulidur rasul :) 

 Okay, ini candid. Macam poyo pun ada. Heh =,="

 Group photos :)





  


 Okay, ini surprise untuk birthday girl :)

SURPRISEEEEEEEEEEE!

Yang tudung pink inilah birthday girl, Diyana Abdue :')


 Gambar sendiri harus ada :P

Ambil gambar group photos :)

 Ha! Surprise, saya ambil gambar dan saya juga ada dalam gambar. Macam mana tu? HEHE :P

Akhir sekali, I just want to say :

 Happy Birthday Diyana Abdue,
May you have many awesome birthday to come,
May all your wishes come true,
And may Allah bless you!

ILoveYou :')


Okay lah. Nanti saya update lagi. Have a good day ahead peeps :) Much love, Wasalam !








Thursday, February 24, 2011

Jawapannya adalah...

Assalamualaikum...


Hai kawan-kawan yang super awesome. Jadi, hari itu kan saya ada buka macam ala-ala kaunter pertanyaan dekat facebook saya. Jadi,  ramai jugaklah yang respon. Alhamdulillah. Terima kasih kawan yang super awesome!


Okay. Tapi dari 45 soalan, saya cuma pilih 12 soalan. Disini, saya sertakan soalan yang saya dah ambil dari fan page saya, jadi saya akan jawab mengikut turutan yea? Oh yea! Saya copy dengan nama dan gambar sekali, saya harap anda semua tak marah okay? :') Terima kasih!

Dan soalan-soalan nya adalah ;


  1. Saya mula bermain gitar pada pertengahan tahun 2009.
  2. Saya buat video dalam kereta sebab that is the one place yang sound proof dan boleh rekod dengan tenang. Saya selalu rekod video dekat rumah nenek saya, dan rumah nenek saya dekat dengan jalan raya tau. So, kalau  rekod dekat rumah, nanti dengar lah bunyi kereta hon lah, bunyi lori, kereta, bas segala benda yang berbunyi kita boleh dengar. Even bunyi ayam berkokok pun boleh dengar tau. Jadi, kalau rekod dalam kereta, senyap saja. Seronok! :)
  3. Saya dah start buat lagu. For now saya ada 3 lagu which is Carta Hati, ILoveYou dengan Cinta Muka Buku :) Hanya carta hati and ILoveYou je yang saya dah upload teaser. Yang lain, semua sedang hold lagi. And sekarang tengah on the way buat satu lagi lagu. Doakan agar kami dapat finish up the song yea kawan-kawan yang super awesome :)
  4. Epiphone saya model pr-4e na
  5. Oh! Yang itu bukan page saya. Yang memang saya handle sendiri adalah Personal FB saya dan fanpage FB saya  :)
  6. Saya ada 4 orang adik beradik. Saya adalah anak yang ketiga.Yup, adik beradik saya semua perempuan :)
  7. Birthday saya adalah pada 23rd of May 1995. Silalah hantar hadiah :P hehe Show dekat penang? InshaAllah, kalau ada jemputan, saya akan datang.
  8. Okay, artis tempatan saya suka Faizal Tahir dan Siti Nur Haliza. Kalau luar negara, I adore Justin Bieber and Taylor Swift :)
  9. Saya sekolah di SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat.
  10. PMR Result? Hehe saya dapat 7 A dan 1 B :)
  11. Saya belajar gitar sekarang di Yamaha Music Centre. Masih belajar lagi sehingga sekarang tapi sekarang saya belajar classical guitar :)
  12. Saya pandai cakap bahasa Inggeris ni salah satu sebabnya sebab saya suka dengar lagu BI dan dengar stesyen muzik BI. Plus, ayah saya pernah belajar dekat luar negara and kakak sulung saya ambil Tesl, jadi seronok bila tengok mereka cakap BI. So, dari situlah saya cuba improve :)

So, itulah soalan yang saya boleh jawab setakat ini. Nanti, ada masa saya buka kaunter lagi, saya jawab lagi okay? Okaylah, nanti saya update lagi. Take care guys! Much love, Wasalam.

notasukasuki : Terima kasih kepada semuaaaa yang bagi soalan ini okay? You guys are awesome! :") 

Monday, February 21, 2011

Cukup Indah,

Assalamualaikum...


Hai kawan-kawan yang awesome. Sekarang macam terajin pulak nak update blog hari-hari kan. Maklumlah dah tak berapa nak busy. Hehe So, ini hanya entry pendek untuk memberitahu yang saya masih ada baju untuk dijual. Nanti saya update mengenai itu.

Yang kedua, saya dah upload new video. Yes! New video :D Ini lagu lama, mungkin keluar pertengahan tahun lepas kot. Lagu dari Alif Satar iaitu cukup indah. Lagu ini saya dedikasikan kepada kawan-kawan yang awesome yang tak henti-henti  memberikan support yang awesome jugak kepada saya. Hanya Tuhan yang tahu betapa indahnya kalian di mata saya. Many good things happen in my life nowadays and it's all because of you. Anda semua memang CUKUP INDAH untuk saya :')

Okay, enjoy lah video yang tulus ikhlas dari hati ini :)




Segala pendapat yang bernas, mahupun komen untuk memajukan diri saya amatlah saya hargai. Untuk tengok pelbagai lagi cover song yang saya pernah buat, boleh klik sini :) Okay lah. Itu sahaja setakat ini. You guys have a good day ahead k?  Much love people. Wasalam :)

Sunday, February 20, 2011

Laman sesawang ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome. Saya sebenarnya berasa sangat beruntung dan teruja kerana ada seseorang yang approach kakak saya dan berminat untuk men-sponsor kan sebuah laman sesawang kepada saya.Huu memang seronok lah sebab tiba-tiba rasa macam popular sampai ada laman sesawang sendiri. *Okay, sila muntah bersama-sama* HAHA =.=" 

Okay, laman web ini sebenarnya di buat oleh seorang abang yang saya tak pernah kenal apatah lagi jumpa. Dia hanya berhubung dengan kakak saya sahaja. Apa sahaja yang diterbitkan dalam laman sesawang tersebut adalah hasil dari kreativiti beliau sendiri. Kami, iaitu saya mahupun kakak saya, memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau :)

So, beliau adalah abang Nazmi yang juga merupakan owner kepada Green Web Solution Enterprise. Abang Nazmi merupakan pereka laman web yang bergerak secara sendiri.So, dia freelancer lah. Dia sangat profesional dan sangat berdedikasi. Kami berbincang mengenai laman web ini sebelum raya cina dan lepas raya cina hari itu, tengok-tengok dia dah bagi kakak saya sketch laman sesawang saya. First time saya tengok, saya macam terpana. Terdiam sebab saya rasa cantik sangat dan ada ciri-ciri diri saya dalam laman sesawang itu. Terima kasih abang Nazmi  :') 

 Nampak tu. Hee Terima kasih abang Nazmi.


 Oh, ini saya punya header. Macam awesome kann? *teruja*



Okay, ini sketch sahaja. Belum lagi siap sepenuhnya. Oleh sebab saya menggunakan netbook, jadi pemerhatian saya macam ni je lah. So, siapa yang guna notebook yang skrin dia besar sikit, dapat lah tengok secara penuh.

Official web saya belum lagi boleh digodeh-godeh. Tapi boleh dapat sneak peak nya jika anda klik sini . Dekat lama sesawang itu, anda boleh dapat biografi saya, aktiviti saya akan datang dan InshaAllah mungkin boleh chatting dengan saya ke. Oh, itu kena tanya abang Nazmi dulu. Hehe Blog saya masih akan berjalan seperti biasa kerana ini macam diari kehidupan saya. Jadi saya bolehlah balance kan hidup yang sekarang ini. Kira macam laman sesawang ini macam profesional site of me, and this blog kira macam my own private life. So, balance kan? Kannn? =,=" 

Okay, so, kepada sesiapa yang nak laman sesawang sendiri atau nak private hosting kan, boleh lah contact abang Nazmi. Green Web Solution menyediakan services in web designing, web and email hosting, serta apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan graphic design. Dia ada package yang very reasonable dan affordable :) Kawan-kawan yang awesome, kalau ada apa-apa pertanyaan ataupun berminat ke, bolehlah call abang Nazmi ni ditalian 012-2225795 atau email dia dekat sini :)

Oh, abang Nazmi pun ada laman web sendiri which is littleaniq.com Marilah singgah ke website dia juga yea? Hee Terima kasih kawan-kawan yang super awesome! Nak keluar dah ni, Much love, Wasalam :)




Friday, February 18, 2011

Hijab ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome! Maaf dah lama tak update blog sebab busy sangat. Ada banyak nak dicerita tapi sebab gambar-gambar belum masuk lagi dalam netbook ni, jadi saya pun terfikir untuk buat satu tajuk mengenai Hijab :) Haha entri ini mungkin akan macam nampak saya seperti nak berdakwah atau tunjuk saya baik dan sebagainya. Ini hanyalah kisah hidup yang saya rasa nak kongsi dengan kawan-kawan yang awesome kat sini.


 "Islam is simple and beautiful in it's own way". 
                                                                         -Ayah                                                 


I believe that is so true :)

Dulu, saya sebenarnya seorang yang tak bertudung. Ada juga orang bercakap, tapi, waktu itu saya tak kisah sebab I am comfortable being myself :) Kalau nak tahu, sebelum saya tak pakai tudung, saya senang berpeluh especially time azan. MasyaAllah, tuhan saja yang tahu. Berpeluh, panas lagi. Hmm Bukan nak buat cerita untuk jadikan cerita ini lebih menarik, tapi inilah yang saya rasa sebelum saya berhijab.

Sebelum saya berhijab, saya selalu bertanya dengan kawan-kawan saya apa yang seronoknya pakai hijab ni, Is it a trend ke atau macam mana. Even kawan saya terangkan pun, saya macam "oh, okay.." . Tapi dalam diam, saya cuba pakai tudung , saya cuba cari identiti saya. Saya cuba cari apa keistimewaan bila bertudung ni dan saya cuba selesakan diri dengan keluar bertudung. Mula-mula pakai tu macam cakap dekat diri sendiri "Eyh, macam cantik je aku pakai tudung ni." Okay, memang tahap perasan yang agak tinggi waktu itu =,="

Alhamdulillah, hati saya betul-betul terbuka dan saya mula berhijab sewaktu saya di tingkatan 2. Saya ingat lagi pada waktu itu, bulan April. Sebelum saya nak pakai tudung, saya tanya ayah dan seperti yang ayah selalu buat, dia memberikan pendapat dia sebagai seorang ayah. "Wawa, kalau nak pakai tudung, make sure yang wawa betul-betul nak pakai tudung. Bila dah ambil keputusan untuk pakai, kena teruskan sebab bila wawa pakai , buka, pakai, buka tudung, itu seolah-olah wawa memainkan agama ", itulah yang ayah cakap bila saya minta pendapat dia. 

Waktu saya tanya dengan mama, mama just senyum dan kata kalau itu pilihan saya, mama support dan Alhamdulillah. Same goes to my first sister, kak iza. Tapi, at first dia macam tak setuju sebab dia kata saya belum bersedia. Jadi, kena buat decision betul-betul.

Untuk yang tak tahu, saya datang dari keluarga yang sangat supportive dan terbuka. Bukanlah terbuka sehingga melakukan benda-benda yang tak baik, tapi terbuka dari segi pilihan untuk menjadi siapa pun yang kita nak jadi. Dalam family saya, masih ada lagi yang tak memakai hijab macam kakak saya nombor dua. And believe me, she have her own reason kenapa dia belum bersedia memakai hijab.  So, bila saya memakai hijab ni, saya dapat rasa satu kelainan yang saya tak rasa sewaktu saya belum berhijab :)Mula-mula dulu pakai sebab rasa macam cantik, tapi bila dah betul-betul pakai, saya rasakan satu ketenangan. A peace that I can never translate with my own word. Bila dulu saya selalu rasa panas, berpeluh, Alhamdulillah, bila dah pakai hijab ni, saya dah tak rasa semua itu. Saya rasa diri saya lebih terurus, lebih selesa dan yes! TENANG. 



So, itulah antara cerita bagaimana saya mula berhijab dulu. Mungkin orang kata, kita bertudung sebab trend, kita bertudung sebab nak nampak cantik, tapi biarlah apa orang nak cakap, sebab hanya diri kita yang kenal siapa kita. Dan, kita juga jangan simply judge orang yang tak bertudung kerana mereka adalah mereka. As long kita semua menjadi diri sendiri, itu sudah cukup menenangkan. Jangan biar pandangan orang lain membunuh personaliti dan diri kita, okay? K lah, saya nak tidur. Esok saya blog pasal laman web. TETTTTTT. Itu, esok okay? Much love, Bye :) 



Notakakilima : Saya tahu, sekarang saya masih belum lengkap lagi menjadi muslimah yang berhijab mengikut tatatertib, tapi I promise to always improve myslef and be a better muslimah, InshaAlah.




Sunday, February 13, 2011

Kita ada kimia,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome! Mula-mula nak cakap terima kasih sebab ramai yang betul-betul membantu untuk meng-clear kan wardrobe saya. Huuu~ So, terima kasih. Item-item yang dilabelkan book itu anda masih boleh beli, cuma tinggalkan mesej atau email saya saja. So, bila orang yang sebelumnya back out, anda yang meninggalkan pesan atau email akan menjadi org pertama yang saya beritahu :)

Okaylah. Enough with the business matter. Sekarang ini back to my own routine and the love of my life, which is playing guitar, making covers and invent (?-?) new music. HAHA

So, ini adalah my new cover. Saya dah upload semalam tapi terlupa nak beritahu dekat kawan-kawan yang super awesome dekat blog ini. Pffttt. Maafkan saya. Saya ni memang selalu terlupa. So, inilah dia my new cover. Kimia by Melda Ahmad, Enjoy :)



So, macam mana? Okay tak? Hee so, silalah tinggalkan komen anda dan sebagainya so that I can improve myself :) Sesiapa nak jenguk laman youtube saya dan enjoy lebih banyak cover video, boleh tekan sini :) Thank you so much guys. Much love :) Wasalam.

Saturday, February 12, 2011

Garage Sale ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome. So, sebab hari ni macam kena kemas closet, jadi, saya terfikir untuk menjual beberapa barang yang saya dah tak guna. Daripada saya buang, lebih baik saya jual kan? =,= So, sesiapa yang nak beli baju-baju ini, bolehlah email ke eqwafika@yahoo.com.my atau lebih senang, hantar saja mesej dekat FB saya :)

KESEMUA BAJU DISINI FIT XS UNTIL M :)
NL 01 
SOLD TO Quiah

NL 02
SOLD to Byeti

NL 03
SOLD to Byeti


 NL 04 = RM 5
So, singlet ini saya pernah pakai sekali sahaj lepas itu dah tak pakai sebab tak biasa lah pakai singlet :)
SOLD TO Liyana



NL 05 = RM 20
Ini ada pakai beberapa kali. Masih elok dan dijaga rapi.
SOLD TO Miza




NL 06 = RM 15
Kemeja ni saya pakai 3 kali sahaja kalau tak silap. 
Yang warna merah itu adalah singlet merah yang jual dekat atas tu. 
Kemeja ini boleh dipakai macam tu saja atau pakai dengan singlet macam saya buat ni. 
So, kalau korang beli ni dengan singlet itu, harga nya RM 20 lah :)
SOLD TO Liyana


 NL 07 = RM 20
This cheongsam dress sangat awesome.
Tak pernah pakai pun sebab tak reti nak menggayakannya. Hee

SOLD TO FATIN


Okay, kami buat COD untuk orang yang duduk di Shah Alam dan Batu Pahat. Selain dari tempat itu, kena postage fee lah:) Tak mahal pun, jangan risau :P Duit balik akan dipulangkan sekali dengan baju itu. Kalau tak faham atau nak book atau nak tanya pape, email sini:) 

P/S : Semua item yang dah di book, akan di hold selama 24 jam sehingga duit dibayar.  Sekiranya dalam masa 24 jam tiada duit yang dibayar, saya akan release balik item itu :)  
 

Okay, itu sahaja buat masa ini. Akan update lagi bila jumpa baju baru. Terima kasih :)




Tuesday, February 8, 2011

A a aishiteruuu,

Assalamualaikum...


Hai kawan yang super awesome. Sorry tak dapat nak update blog selalu sebab dah start busy sedikit. Esok pun dah start ujian pertama bagi sesi persekolahan 2011 ni. Jadi, kena banting tulang mengadap buku 24 jam sehari lah nampaknya untuk minggu ni. Maaflah kalau terabaikan kawan-kawan dan tak update blog dan sebagainya yea ? Okay, ini hanyalah short update untuk meng-war-war -___-" kan kepada kawan-kawan yang awesome tentang video baru saya yang telah saya upload beberapa minit yang lalu. Lagu daripada band Indonesia yang dipanggil Zivilia. Tajuk lagu ini adalah Aishiteru [menunggu] . Selamat mendengar :)





So, inilah lagunya. Silalah berikan pendapat anda ! Oh ya, kepada sesiapa yang nak layan lagu cover saya yang lain, boleh klik sini ! Okaylah. Nak sambung study. Doakan saya yea kawan-kawan! Thank you. Much love, Wasalam. 

Sunday, February 6, 2011

"ILoveYou" ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesomest! So, disebabkan hari ini usya blog dan saya mendapati bahawa follower saya dah mencecah 2000++, jadi saya decide untuk bagi hadiah kat korang semua. Haaaaa. Hadiah apa tu? Hadiah ini boleh dikongsi dengan semua orang. Hehe Hadiah ini juga kerana ingin meluahkan "ILoveYou" dan ucapan terima kasih tak terhingga sebab menyokong saya :)

Oh! Sebenarnya, hadiahnya adalah teaser kepada lagu baru saya yang bertajuk "ILoveYou". Lagu ini, saya dah tulis tahun lepas cuma cari masa yang sesuai untuk upload :) Lagu ini orang senang nak relate sebab dia memang terjadi dalam hidup seharian kita. Dan, lagu ini juga mengenai kakak sulung saya. So, ini kira based on true story lah. Heee. So, korang dengar dan berikan komen anda semua okay??


Ni serba sedikit lirik dia... 
 Mungkin kita pernah rasa,
Tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita..

Mungkin ini adalah cara, 
Meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata...

I'm sorry but ILoveYou,
I'm sorry if IMissYou,
Even if I can't have you,
You know I'll always be there for you...



 Okay tak? Okay ke tak okay ke, anda semua dialukan untuk memberikan pendapat anda okay? Thank you kawan-kawan yang superawesome. "ILoveYou" lah. Hehe Much Love, Wasalam.

Saturday, February 5, 2011

InsyaAllah ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome. Hanya sempat update sekejap sebab hari ini busy sedikit lah. Kan dah cakap, kalau cuit-cuti ni, bila kakak-kakak smua balik, memang asyik berjalan je. hehe Oh! Cuma nak beritahu yang saya dah upload lagu baru. Ramai juga yang minta saya nyanyi lagu ni. Lagu daripada Maher Zain iaitu, InsyaAllah. Selamat mendengar.



Maaflah kalau tak sedap didengar atau versi yang ini macam kurang gula dan garamnya. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya. Kalau nak usya video lain, bolek klik sini. Oklah, ada kerja sikit nak buat. Saya nak pergi kerja kahwin. Selamat beristirehat di hujung minggu :) Much love, Wasalam.


Wednesday, February 2, 2011

CantikHijabku Contest ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome! So, hari ini saya nak buat satu pengumuman. Cewah! Macam nak raya pulak kan siap ada pengumuman bagai. HAHA So, saya nak beritahu yang saya ada masuk satu pertandingan yang dianjurkan oleh www.cantikhijabku.blogspot.com. Tema pertandingan ini adalah "Show Me Your Style". Walaupun tak lah se-style mana saya ini, saya masih cuba nasib saja-saja. Mana tahu kalau menang ke kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah saya? Tiada siapa yang tahu kannn? So, apa salahnya jka mencuba. Heee.


So, gambar yang saya pertandingkan adalah...

...


...


...


So, kepada sesiapa yang nak vote saya, boleh lah pergi ke sini dan klik LIKE seberapa banyak yang mungkin okay? Tapi sebelum klik like dekat saya, kena klik LIKE dekat page cantikhiijabku profile dulu. 


Jadi, terima kasih yea kawan-kawan yang sangat awesome. Moga Tuhan membalas jasa baik kawan-kawan yang super awesome ini :"D

Nak keluar ni, nak pergi hang out dengan kawan-kawan. Nanti update lagi okayyyy? Much love, Wasalam :)



Tuesday, February 1, 2011

Mari belajar bersama ,

Assalamualaikum...

Mula-mula kena beritahu, ini memang satu entry yang agak panjang. Bukan agaklah, memang panjang pun. Jadi selamat membaca :P

Hai kawan-kawan yang awesomess! Ramai yang suruh saya bercerita mengenai pelajaran, sekolah dan sebagainya. Ada juga yang minta tips belajar semua. HAHA Sumpah macam kelakar sikit bila orang tanya apa tips belajar sebab saya takde tips pun. Kalau jawapan yang orang selalu jawab, ini kira yang paling cliche lah kan macam "Janganlah kita study last minute, study smart not study hard" dan sebagainya,  kann? So, kali ini biar saya bagi jawapan cliche edisi NajwaLatif pula :)

Sebenarnya, saya pun macam student biasa yang majoriti itu lah. Epp! Bukan yang ke hulu ke hilir bawa buku tu. Memang untunglah kalau siapa dapat tengok saya macam itu. Saya ini cuma seorang pelajar biasa saja, pernah tak buat homework, pernah kena marah dengan cikgu, pernah kena denda, selalu berangan dalam kelas, tiru homework kawan-kawan kalau homework tak siap, bercakap jangan ceritalah, memang hobi tu, dengan tidur lagi sampai meleleh air liur basi. Okay yang meleleh air liur basi ni tipu. Harap maklum. HAHA So, ketahuilah semua bahawa saya ini masih lagi orang biasa yang punya kelemahan dan kekurangan tersendiri, cewah!  Tapi, tanpa kita semua sedari, pengalaman inilah yang membantu kita untuk belajar :")

Waktu saya form 1 sampailah awal form 3, keputusan peperiksaan saya tak pernah lebih dari 3A. Bila tengok je keputusan periksa macam ini, jujur cakap, saya memang rasa nak putus asa untuk belajar. Huu~ TETAPI, selepas saya muhasabah diri dan kaji balik apa subjek yang lemah macam bm, math, sains, geog, sejarah, kh dan agama, saya terus beritahu mama saya. Tapi waktu tu, tusyen yang saya dapat cari yang sesuai dengan kredibiliti saya sebagai seorang pelajar yang NOT-SO-RAJIN ini hanyalah math dengan science saja. Jadi, yang lain-lain itu, kenalah belajar sendiri. 


Seronoknya belajar sendiri ini sebab dapat sms, dapat calling-calling. Yang paling best, kita biar buku itu baca kita sebab kita dah tidur dan terbang ke awanan biru. haha TETAPI, bila dah masuk bulan 4 itu kan, saya dah start bertanya cikgu mana yang saya tak faham dan banyak buat soalan percubaan PMR dan buku latihan. Tapi takde lah 24 jam belajar je. Paling lama pun saya boleh bertahan adalah 3 jam :) Saya ni cepat stress kalau banyak sangat baca buku. Jadi, saya banyak gunakan masa terluang dengan main gitar, tengok tv dan surf internet. Kalau tengok TV, jangan ceritalah.Memang lebih banyak masa tengok TV dari belajar. Ha! Kalau mengadap TV lebih dari 3 jam pun tak apa, tak stress. Hehe



Kalau sesiapa yang tak tahu, ayah saya seorang guru matapelajaran Geografi. Jadi, sebagai anak kepada guru geografi, kenalah skor A kan? Hehe Saya banyak jugaklah tanya ayah pasal subjek ini. Ingat lagi, setiap kali ayah tanya, saya cuma mampu tersenyum dan tukar topik sebab memang saya ni terlalu pandailah. Itu yang setiap kali ayah tanya, tak terjawab. Hehe Ingat juga dulu, esoknya paper geografi, ayah saya ajar saya subjek ini dalam kereta saja sambil kitorang pusing-pusing bandar. Ayah bagi banyak contoh soalan, contoh bab-bab yang selalu keluar dengan kata kunci lah apa yang perlu ingat. Dari situlah saya tahu apa nak baca, apa nak kena ingat dan sebagainya. Alhamdulillah, waktu exam PMR paper geog tu, 80% soalan yang keluar, sama dengan apa yang ayah saya beritahu dan suruh ingat. Lega gila waktu keluar dewan periksa itu. Huu~

Mama saya pula seorang cikgu Bahawa Melayu. Jadi, selalunya nak buat karangan itu, saya selalu tanya mama peribahasa apa yang sesuai nak letak dan sebagainya.  Ada juga saya bertanya tentang soalan paper pemahaman sebab kadang-kadan ayat yang dia bagi itu kelirukan? So, mama bagilah cara macam mana nak detect ayat yang betul dan sebagainya. Huuu~ Kalau nak cerita, memang boleh buat novel lah. Jadi, apa kata cekidaud =,= gambar rajah dibawah :)




Jadi, inilah serba sedikit mengenai cara pembelajaran saya Saya memang tak ada time table sebab kalau ada pun, memang confirm saya tak ikut. Yang penting adalah niat kita, kita belejara untuk apa. Macam saya, saya niat belajar untuk kejayaan diri sendiri, banggakan keluarga dan sebagainy. Jadi, bila kita dah tanam niat ni dalam diri, InshaAllah kita akan buat yang terbaik untuk diri kita :)

Untuk pengetahuan semua, saya bukan lah pelajar yang pandai waktu disekolah menengah ini. Sewaktu di tingkatan 3, saya berada di kelas yang terakhir. Tapi keazaman saya untuk berubah telah membuahkan hasil apabila saya dapat 7A 1B dalam peperiksaan PMR 10'.

Jadi kawan-kawan, jangan kerana kita berada di kelas yang terendah, atau bawah, kita terus berputus asa dan melabel diri kita sebagai seorang yang tiada masa depan dan sebagainya kerana jika kita ingin berubah, segalanya mungkin. Tetapkan pada diri yang kita mahu berubah, kita ingi membanggakan keluarga, InshaAllah tuhan akan mudahkan segala urusan kita. Jangan biar persepsi orang terhadap kita membunuh masa depan kita sendiri. Ingat yang kita sendiri mencorak jalan dan arah masa depan kita, bukan orang lain. Masa hadapan dan segala pilihan ada ditangan kita sendiri :)

Okaylah, sekian sahaja laporan saya untuk hari ini. NajwaLatif melaporkan untuk Najwalatifs.blogspot.com :P

Much love, Wasalam!