Tuesday, September 13, 2011

Raya Saya,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome! Hari ini nak cerita pasal raya saya tahun ini. Ramai yang tanya, 

  • ada pape perubahan ke raya tahun ini?
  • baju raya berapa pasang?
  • tahun ni raya sebagai artis, macam mana?
  • duit raya dapat ke beri?
  • raya tahun ini macam mana?
Jadi, disini , dengan segala rasa rendah hati, rendah diri dan fakta yang saya memang rendah, hihi saya ingin menjawab segala persoalan tersebut.

Pertama, perubahan? Alhamdulillah, tahun ini takde banyak sangat pun perubahan. Biasa-biasa je. Ini bukan auta tau, ni memang fakta. Saya masih kena kemas rumah, saya lah yang kena cuci toilet setiap tahun dan saya masih kena tolong kalau ada masak-masak ke apa. Apa yang berbeza adalah, dapat lebih banyak ucapan, lebih ramai kenalan dan lebih banyak duit raya? hihi gurau! :p 

Baju raya berapa pasang? Sebenarnya, baju raya saya ada dua pasang je. Satu, jubah yang mama saya belikan waktu dia pergi Haji awal tahun hari tu, warna pink, dan satu lagi , mama saya belikan baju kurung moden warna macam kuning-kuning ke hijau ke tak tahu lah. Tapi corak dia macam songket sikit :) So, seperti tahun-tahun lepas, ala kadar saja. Tak de apa yang berubah pun.

Tahun ni raya sebagai artis? Erm macam biasalah. Tak de artis mana pun. Cuma bila ada orang datang rumah tu macam terperanjat lah yang saya ni yang nyanyi dekat youtube tu. Siap suruh amek gitar, nyanyi depan dia untuk buktikan saya ni betul ke Najwa Latif, boleh nyanyi live ke tidak Haha Tapi, masih ada je orang yang datang rumah dan tak kenal saya, so, tak lah artis sangat pun kan? But, Alhamdulillah, dapat banyak kunjungan dari kawan-kawan yang awesome. You know I love to meet new people kan? So, benda ni mcm bless lah untuk saya :)

Duit rayaaaa??? Of course lah saya dapat. Saya kan masih berumur 16 tahun, masih muda, masih sekolah, masih di bawah saraan keluarga, Makanya, kalau nampak saya dimana-mana, sila hulurkan sampul duit raya berserta isinya sekali okay? Hihi :p 

Raya tahun ini macam mana? Alhamdulillah, macam biasa. Raya pertama pergi ziarah kubur, pergi bersalam-salaman mengerat silaturrahim antara keluarga, pergi balik kampung, pergi tengok wayang (eh eh? haha )  , pergi beraya, pergi tidur. hahaha Raya kedua sibuk dengan marhaban lelaki di rumah saya, raya ketiga marhaban lelaki di rumah nenek pula. Lepas tu marhaban perempuan, and the list go on and on :) Seronok! :D 


Jadi, itu sajalah untuk kali ini. Yang lain, sila enjoy gambar okay? :D

Raya pertama :D 

K.A.M.I 

Jiha, Wawa, Kak Ika, Kak Iza :) 

Ni konon-konon nak amek hati mama sebab dia penat kemas depan ni. Hihi :p 


Jiha dengan kak ika :D
Waktu ni dekat kampung Mama. 


 Kak Iza dengan Jiha :D 

  Girls Talk, you knowww :p 

 Saya dengan Jiha :D 

Makan time.
Rumah Tok Ngah masak sedap! 
Selalu ada lontong :D

Datang rumah saya, kena lepas otai ni dulu, 
baru boleh dapat duit raya. Haha! 

Raya Kedua ;


Jubah Pink Saya yang mama beli kat Mekah.
Time ni ada marhaban kat rumah tok mak.
Rumah saya punya marhaban, lupa amek gambar. 
RUGI! :( 

 Ni mak long saya tengah bagi duit raya dekat budak-budak kecil
yang datang marhaban.
Belakang tu rumah tok mak saya :D 


Ahh Colors! Comel kannn? :D 


Okaylah. Nanti saya update lagi okay? Spread the love NL'sAF! Dan Selamat Hari Raya :) 







Sunday, September 11, 2011

InDiana Boutique,

Assalamualaikum...


Hai kawan-kawan yang super awesome. Hari ni nak share lagi satu blogshop hijab yang best. Pernah dengar InDiana Boutique? Online Blogshop ini adalah kepunyaan Kak Yana yang cantik dan super cun walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata. Hee.

InDiana Boutique ini best sangat sebab dia banyak jual tudung Syria yang best-best dan lawa. Inner neck pun ada. Material dia sangat selesa dan tak panas sebab banyak gunakan cotton yang lembut. Design?? Sangat cantik dan bukan macam 'typical' tudung Syria yang ada dekat pasaran sekarang ni. Tak percaya? Tengok ni :)


  Ni nama dia Syria Polos Embossed.
Kalau tengok betul-betul, yang bunga Ros tu dibuat daripada carik-carik kain.
Rare gila kan? Dan cantik!
Design tudung ni pun labuh dan menutup dada :)

Harga : RM 38


 Ini nama dia Syria Polos Ropol Ala Pearl Haya
Okay, yang ini memang eye catcher!
Saya nak yang warna hitam+ropol merah tu.. *droolsss*
Yang bestnya material tudung ni, walaupun takde awning, tapi kain dia masih tak melekap didahi.
Jadi tak perlu nak risau takut muka nampak bulat ke apa :)

Ni nama dia Tudung Cotton + Velvet 
Dia punya design ada mirip-mirip macam Jeans Syria kan?
Tapi awning dia cantik sebab dia letak desing bunga-bunga dan polka dots :)
Simple yet stunning! 
Harga : RM 42 

Kalau beli 3 atau lebih dapat harga istimewa iaitu RM 40 :)


Jadi, kepada anda yang dah tergoda dan banyak mengumpul koleksi duit raya, silalah jenguk InDiana Boutique. Lebih baik jenguk cepat sebab kebanyakan tudung yang dijual dekat blogshop ni macam goreng pisang panas, asyik SOLD OUT je semua. Jadi, jangan gigit jari pula nanti tengok tudung yang anda suka dipakai orang lain. Hihi 

Oh ye, kepada orang yang nak beli borong juga amatlah dialu-alukan. Boleh dapat special price kalau ambil tudung dengan kuantiti yang banyak dari InDiana Boutique ni. Berminat boleh email ke princess_gurlz714@yahoo.com atau sms ke 019-3168871 (Kak Yana) Minimum bagi belian borongan adalah 20 helai ye. Lagi banyak, lagi istimewa harga *kenyit mata* 

Okaylah, selamat bershopping kawan-kawan yang super awesome :) Wasalam!