Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Monday, August 1, 2011

GiveAway EdY : Still beauty,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome. Jadi hari ini saya nak update bloh ini pasal satu contest. Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang suka masuk pertandingan sebab dah tahu tak kan menang kan, so dia macam tak pe lah. Saya berblogging ni pun, hanya untuk suka-suka dan kongsi pengalaman hidup saya.

Tapi, apabila dapat tweet daripada budak kecik kesayangan ini, dia cakap dia nak tag saya, so saya fikir, why not kan? Cuba je lah. Mana tahu rezeki bulan ramadhan ni kan?  Lagipun, empunya blog ni orang kampung saya sehhh. Orang Batu Pahat, Johor. Ecehh terus. Cari point bodek nak jadi pemenang lah tu. Haha Dan lagi satu, dia punya contest ini macam simple gila. Tak perlu nak tulis kata-kata berbunga, berperibahasa bagai. Cuma dengan beberapa langkah saja.

 Mula-mula, letak banner yang telah disediakan oleh empunya blog tersebut.



Kedua, kena letak 2 link blog yang dipunyai (?) oleh tauke blog tersebut. Hehe


Done! :)

Okay, kepada yang nak masuk pertandingan ini atau yang telah di tag oleh saya, anda perlulah follow kedua-dua blog tersebut. Lepas dah follow, pergi lah cari seorang blogger yang aktif dan beritahu dia, "Weh, hangpa telah di tag oleh cheq untuk pertandingan ni, cepat buat review skrg" eceh! haha Jadi, saya bercadang untuk mengetag seorang pembaca setia blog saya yang slalu comment dekat blog ini, iaitu,


Okay, bila dah tag dan semua dah buat, ada satu lagi benda yang kita kena buat, iaitu, tinggalkan link entri blog kita yang telah kita tulis untuk pertandingan ini, dekat sini,


So, Bismillahirrahmanirrahim... InshaAllah, kalau ada rezeki, menanglah patung "Angry Bird" tu. Eh, tersebut hadiah pula. Hehe So, selamat mencuba semua. Dan selamat berpuasa dan bercuti kepada orang yang dapat cuti macam saya yang duduk di Johor ini. Weeeeeee. Hehe InshaAllah, akan ada Vlog menyusul kemudian. Tunggu :) Keep on spreading love people! Wasalam :) 





Wednesday, February 2, 2011

CantikHijabku Contest ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome! So, hari ini saya nak buat satu pengumuman. Cewah! Macam nak raya pulak kan siap ada pengumuman bagai. HAHA So, saya nak beritahu yang saya ada masuk satu pertandingan yang dianjurkan oleh www.cantikhijabku.blogspot.com. Tema pertandingan ini adalah "Show Me Your Style". Walaupun tak lah se-style mana saya ini, saya masih cuba nasib saja-saja. Mana tahu kalau menang ke kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah saya? Tiada siapa yang tahu kannn? So, apa salahnya jka mencuba. Heee.


So, gambar yang saya pertandingkan adalah...

...


...


...


So, kepada sesiapa yang nak vote saya, boleh lah pergi ke sini dan klik LIKE seberapa banyak yang mungkin okay? Tapi sebelum klik like dekat saya, kena klik LIKE dekat page cantikhiijabku profile dulu. 


Jadi, terima kasih yea kawan-kawan yang sangat awesome. Moga Tuhan membalas jasa baik kawan-kawan yang super awesome ini :"D

Nak keluar ni, nak pergi hang out dengan kawan-kawan. Nanti update lagi okayyyy? Much love, Wasalam :)