Sunday, July 31, 2011

Senyap The Hub, Seksyen 13 ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome! So, yang ini macam seronok sikit nak update sbb I met a lot of cool people there! hee So, saya diberi peluang untuk membuat persembahan dekat Senyap Cafe, seksyen 13, yang berdekatan dengan Extreme Park tu kan. It was fun!! Seronok, takut, semua ada. Kenapa? Sebab tmalam itu, saya nyanyi semua lagu saya sendiri yang saya belum pernah perform dekat mana-mana :) Dan apa yang paling seronok adalah, petang sebelum perform tu, saya dengan kakak saya telah pun berjaya membuat satu lagu bahasa Inggeris dan saya perform lagu BI tu, for the first time, dekat situ :D 

So, penatlah kan nak cerita, biar gambar menceritakan segala-galanya! :D

 Before the persembahan, scared like hell! 

 I love this pic! Thank you kak sara :) 





And people I met :  
 Ini anak owner Senyap Cafe tu :)

 Kak Sara punya family!
Thank you for coming! 

 New friends :)

Kak Syakirah :)

 One of my twitter friend! :)

 Oh yes, both of them saya kenal melalui twitter.
Yang lelaki tu, dia tu, engineer-to-be yea kawan-kawan.
Mari doakan dia supaya dapat kerja cepat
and dapat belanja saya makan Nandos :p
Hehe :p
oh, and baju I <3 Jakarta sekali *cough*cough*

 Amir Qayyim :)

  Adle Arief :)

Liya Yunus
Thanks for coming budak kecik :')


Oh, and you.
Thank you for coming :')

Dan kepada semua orang yang datang pada malam itu, terima kasih sangat-sangat :) Saya dapat jumpa ramai orang yang saya kenal dari Facebook atau twitter pada malam itu. Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa dan melayan lagu-lagu yang saya nyanyikan malam itu. Feedback yang saya terima terhadap lagu-lagu saya pun Alhamdulillah, sangat memuaskan. InshaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi :)
And lastly,

HAPPY RAMADHAN :')

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dan bulan ramadhan kali ini dengan baik, inshaAllah. 


Keep on spreading love people! I love you. Wasalam :)






Saturday, July 30, 2011

Re-Edit

Assalamualaikum...

I am making this blog because i feel like doing it. Merujuk kepada  blog kawan saya, saya rasa saya perlu untuk "defend" dia dalam hal ini. 

Pertamanya, saya ingin mengakui bahawa saya kenal Acap hanya dari twitter, kami kenal dan satu hari, kakak saya suggest untuk buat video clip nak bagi kelainan sikit dari video cover yang saya biasa buat. Jadi, saya minta kakak saya untuk call Acap dan kakak saya pun call dia.

Semua terjadi macam sepintas lalu. Tak ada storyboard, perbincangan, atau apa-apa pun. Kami cuma jumpa, berbincang pada ketika itu dan wallah, record. Kami tiada bajet, saya tak bayar acap apa-apa pun untuk video clip ini. Ini adalah VC RM 0 Budget. Dan ya, saya bukanlah pelakon profesional, dan ya! Saya ketawa terlalu banyak ketika proses rakaman dilakukan. Jadi, bukan salah Acap, salah saya sebab saya yang ketawa terlalu banyak. Scene yang paling susah bagi saya adalah waktu bergaduh dengan model lelaki yang saya sendiri tak kenal. Saya jadi kekok. Jadi, jangan salah kan dia. Acap dah cuba sedaya upaya, ewalaupunramai orang yang complain tentang cara editing dan sebagainya, chill lah. Setiap manusia belajar dari kesilapan. Tiada satu orang pun yang boleh buat semua benda perfect pada kali pertama, kan? Lagilah dengan tak ada bajet dan lain-lain, jadi kita patut respect hasil karya kawan saya ini, betul tak?

Kedua, pasal video yang di re-edit. Saya kenal lelaki yang re-edit video ini pun melalui twitter, dan dia seorang yang membenci saya. SAYA TAK PERNAH BERI APA-APA KEBENARAN UNTUK RE-EDIT VIDEO INI SEPERTI YANG DITULIS DALAM YOUTUBE CHANNEL DIA.  Sewaktu dia minta kebenaran dari saya, saya suruh dia untuk tanya Acap dulu dan ya, Acap bagi kebenaran untuk re-edit. Kenapa? Sebab tak salahkan kalau nak kongsi dan bertukar-tukar idea. TAPI, saya tak menyangka dia akan tulis sebegitu rupa dekat channel dia dan merendah-rendahkan kawan saya ini sampai mcm tu sekali. Walaupun orang kata video yang telah di edit tu lagi bagus dari video original, kenapa mesti nak kutuk  original VC itu? At least bagilah kawan saya sedikit kredit sebab dia yang berjalan, berpanas, berpeluh bawa kamera keliling Tasek Shah Alam tu untuk rakam video clip ini. DIA BERJALAN KAKI BERSAMA SAYA DAN KAKAK SAYA DALAM PANAS TERIK SEMATA-MATA NAK BUAT VC INI, dan bagi awak, Encik. S, awak hanya RE-EDIT video ini. Itu saja. Jadi, sebelum terhasilnya video yang awak re-edit tu, encik ashraff mokhtar ini lah yang berusaha buat segala-galanya. Jadi, kenapa awak nak merendahkan kredebiliti dia dengan mengatakan bahawa video yang telah awak re-edit itu lebih nampak macam rvideo clip sebenar sedangkan awak hanya RE-EDIT, yes, RE-EDIT. Jadi, jangan lah dengan senangnya awak nak menghina kawan saya dengan memerli cara editing dia dan sebagainya.

Kepada encik RE-EDIT, saya cadangkan agar awak untuk muhasabah diri dan berhenti berkelakuan tidak sopan kepada orang lain. Ada org cakap yang  saya berkelakuan buruk pada awak sebab saya Najwa Latif, jadi saya mencadangkan agar awak baca dulu tweet awak kepada saya yang sebelum-sebelum itu dan tengok siapa yang berlaku tidak sopan dulu. Senang je sebenarnya, kalau awak hormat orang lain, orang lain akan hormat awak balik. Hukum dunia, senang kan? Orang yang saya pernah tweet tahu saya mcm mana di twitter, so, don't simply judge unless u know me. 

Maaf kalau entri ini mcm emosional atau apa, saya kenal Ashraff Mokhtar tu mcm mana dan dia adalah seorang kawan yang kawan dengan saya sebelum saya adalah sesiapa, jadi tak salah saya rasa untuk saya tulis entry ini. Apapun, acap, if you read this, I just want you to know that,

Ashraff Mokhtar,
I AM SO PROUD OF YOU!
Apa pun orang cakap mengenai VC itu,
I just want you to know that
I LOVE THEM :')

Memang senang kita nak cakap buruk mengenai sesuatu sebab kita tak ada di dalam situasi itu dan modal yang kita gunakan hanya air liur. Jadi, don't simply judge people. Catat lagi nanti, Thank you. Wasalam.




Nong Talhah Collection Part 2,

Assalamualaikum...

Mula-mula saya nak minta maaf sangat sebab lambat sangat update blog. This past few weeks mcm hectic sikit, but Alhamdulillah, full of laughters and tears, Thank you Allah :) 

So, today nak buat review pasal NTC lagi sekali. Pada sesiapa yang tak tahu apa dan siapa NTC ni,  korang boleh rujuk artikel ini  :)

So, Nong Talhah Collection ini adalah satu blogshop yang menjual tudung-tudung dan shawl yang sangat cantik, menarik, tertarik, kau memang da bomb! hee Kenapa saya begitu confident mengatakan statement berikut, kerana mereka pernah sponser saya beberapa helai shawl yang saya sangat suka dan selalu pakai nak pegi mana-mana. Kenapa? Sebab shawl dia sangat selesa dan material dia tak panas :) Nak saya tunjuk bukti? hee kejap, kejap.










Ini semua gambar yang menunjukkan betapa kerapnya saya pakai NTC punya shawl. Oh and yes, shawl yang saya pakai ni, nama dia "shawl wawa". I'm not sure ada lagi ke tak, tapi you guys can check it out here :)


So, baru-baru ini, NTC dah pun update new collection dia. Cantik, dan harga dia pun affordable. Tak percaya? Check it out!


 Shawl Leopard - RM 15
see! Affordable price! Print dia sangat cantik!

 Pashmina Satin - RM 22
Kepada fashionista berhijab yang gemar untuk mencuba style ala-ala Hana Tajima,
you guys should try this pashmina :) 
and yes, affordable price too!

So, ada banyak lagi shawl dan pashmina dekat NTC ni, jadi kalau anda berminat, boleh lah terjah blogshop Nong Talhah Collection atau klik je dekat banner NTC dekat blog saya ni okay? :) oh and yes, untuk sesiapa yang belum lagi klik LIKE dekat fanpage NTC ni, go and LIKE them now by clicking  here :D

So, selamat bershopping kawan-kawan yang super awesome! Wasalam :)
notakakilima : kepada sesiapa yang nak letak iklan/banner anda di blog saya atau nak minta saya buat review mengenai blogshop anda, you guys can email me at eqwafika@yahoo.com.my  Thank you! :)








Tuesday, July 12, 2011

Pekan Frinjan ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome! well, Alhamdulillah, ada banyak sikit masa lapang sekarang, so macam nak update blog daily plak. hee So, this post sebenarnya adalah post yang tertangguh yang saya asyik nak buat tapi tak buat-buat sebab takde masa for the past few weeks ni. So, ini adalah back-to-back punya post mengenai apa yang saya lalui untuk cuti sekolah 2 minggu yang lepas. Its been a productive weeks, and I love it!

Well, ada satu komuniti ni dia suka buat event, nama komuniti itu adalah Frinjan :) Diorang ada buat satu event which is Pekan Frinjan di Laman Budaya ,Shah Alam, dan saya dapat peluang untuk perform dekat sana. This event sangatlah special sebab diorang ada buka boot jual baju, buku and all. And everything sangatlah in reasonable price and prettaayyhh! :B So, kalau ada dengar saya tweet pasal pekan Frijan ni, dan korang berada di tempat yang berdekatan event tu, do drop by okay? :)

So, saya perform a few songs, termasuklah Carta Hati, CMB, Only yours dan I Love You :) Takde video lah, sorry :( Tapi, ada gambar sebagai pengubat rindu. Enjoy the pictures, people! :D

While performing :)

People I met :)



Both of em' kawan Kak ika :)

Fatin :)

And siapa lagi yang ada ambil gambar dengan saya, taglah saya eh? :)

Oh, dan yang paling eksaitedkan, adalah, abang Imran Ajmain datang untuk tengok performance saya!!!!!!!!! *pengsan* tak percaya? Nah, tengok gambar! :'D 


Abang Imran sangatlah cool. Dan bila abang Azahari cakap dia nak datang je, saya terus macam, okay, nak kena cakap "Hi Abg Imran" bila atas stage nanti. And, I did! heee Saya cakap "Hai Abang Imran Ajmain!" waktu atas stage tu and everybody was like "eh budak ni biar betul ada Imran Ajmain kat sini" heeee It was fun! dan dia suruh saya supaya keep on doing what I love. Thank you abang Imran :')

Well, alhamdulillah. I am blessed with all this beautiful things, thank you Allah for that! So, nanti saya update lagi k? Muchos love people! Wasalam :)





Sunday, July 10, 2011

Nur Azli Dayana :)


Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome. So,hari ni punya cerita, nak dedikasikan kepada seorang budak perempuan yang saya rindu , iaitu :)

Orang yang bernama Nur Azli Dayana bt Azman mengikut kad pengenalannya.
I miss you :')

Okay, saya nak cerita pasal saya dengan dayana. Saya kenal dengan dayana waktu form 1. Waktu tu saya jadi ketua tingkatan *nak riak sekejap* hehe Dia budak baru sebab dia masuk sekolah pada 2.2.2008 kalau saya tak silap. Jadi,waktu dia masuk kelas mula-mula, tak tahu lah kenapa tetapi saya rasa dia akan jadi kawan baik saya. Believe me, yang paling buat saya nak nangis, Dayana masih ingat the first ayat yang saya cakap kat dalam kelas semata-mata nak duduk sebelah dia. Ayat saya lebih kurang "korang,dia ni kita punya." So,start dari hari tu, saya kenal dia dengan lebih dekat dan rapat. Apa yang saya boleh kata, dia seorang budak perempuan yang sangat pendiam, tak banyak cakap, suka pendam, dan seorang pendengar yang sangat sangat baik.


Kami jadi semakin rapat bila kami naik tingkatan 2 sebab masih berada di kelas yang sama dan semestinya saya akan duduk dengan dia. Dia lah kawan tidur-dalam-kelas sama-sama, makan dalam kelas sama-sama, bergurau sama-sama, jadi gila sekejap sama-sama, menangis sama-sama, buat saya ketawa, beri saya semangat, tolong saya dalam pelajaran. Boleh dikatakan pada masa tu, dia lah orang yang saya nak duduk sama-sama sampai form 5. Saya masuk kelab fotografi sebab dia, dia masuk kelab permainan bowling ikut saya, dan kami dua-dua kadet polis. Memang tak boleh berpisah.

saya dengan dayana waktu tournament bowling :')


Keadaan berubah bila kami naik tingkatan 3. Saya turun kelas dan dia berada di kelas yang sama. Hubungan kami lagi berubah bila dayana cakap dia nak masuk SBP form 4 nanti. And i was like "what?! okay, wak nak tinggalkan kita" , "Okay,kita sorang-sorang lah kat sini?", "awak mesti lupa kat kita kan?" Saya tak berapa boleh terima kenyataan pada masa tu jadi saya tukar segala rutin dekat sekolah. Rehat yang sepatutnya dengan dia, saya rehat dengan orang lain. Saya jauhkan diri dari dia. Alasannya, saya tak nak nangis bila dia pindah time form 4 nanti. Tapi kadang-kadang mesti lah rindu, kawan baik kan? Dia adalah orang yang wajib saya peluk bila saya sedih, macam mana nak berpisah dengan dia? :')


Bila result PMR keluar, as usual, dia tetap budak perempuan yang saya kenal and respect. She got straight A's and dapat pergi SBP. Batch form 4, I mean kitaorang punya kawan-kawan yang rapat ada buat outing ramai-ramai lah before mereka semua masuk SBP. Saya tak nak nangis tengok dia. But,still,when she gave me her goodbye hug, I cried and ask her to take care and said i love her banyak-banyak kali. Dah tak ada dah orang nak menyusahkan hidup dia lagi lepas ni haha. Okay, saya nangis sekarang.

Apa motif saya post ni? Tak ada motif, just that i miss her so much. Saya selalu buka blog dia and there's one post yang buat saya rasa sedih sangat, bila setiap kali dia balik, saya tak ada di Batu Pahat. Dayana, nanti bila awak free,kita free,kita keluar sama-sama okay? And i miss you too sayang. :') Thanks for everything!

she's my one and only,


Hey you! Nur Azli Dayana bt Azman,
I LOVE YOU SO MUCH!














Saturday, July 9, 2011

hotlink commercial :)

Assalamualaikum....

Hai kawan-kawan yang super awesome. Seperti yang bertajuk diatas, eceh, saya nak ucapkan terima kasih kepada NL'sAF yang memberitahu saya tentang iklan hotlink yang ada saya dalam tu dah keluar dekat tv. Ramai yang tweet cakap mereka macam ada terlihat saya dalam iklan tu, well, yes, yang cakap "Be Heard" tu adalah saya :) heeee.

Actually tak plan pun untuk shoot this commercial for hotlink. Cerita dia sebenarnya adalah, saya pergi ke Tasik TTDI untuk pengambaran video clip saya awal pagi tu, and then nampak lah yang ada orang tengah buat video kan. So, kami pun macam passing through them without knowing that they actually tengah shoot pasal Hotlink punya commercial.

So, tgh siap2 tu kan, tiba-tiba abang yang uruskan saya, Abang Azahari panggil and kenalkan saya dengan sorang abang ni, and tba-tiba dia suruh saya ambil gitar and buat commercial tu. Alhamdulillah, rezeki saya murah hari itu. Terima kasih! Alhamdulillah!

 This was taken waktu tengah record yang "Be Heard" tu. hehe


this one, dia suruh nyanyi lagu saya,
so i sing Cinta Muka Buku :) 

And the commercial :)




Saya dekat minit ke 0.26 :D 


Alhamdulillah, everything went well. Abang-abang and kakak-kakak yang kerja for this advert sangat lah cool and banyak membantu. This is my first time doing this, and it was fun, alhamdulillah :) So, thank you all yang bagi kata-kata semangat and also congrats semua tu for this advert. Thank you Allah sebab make it easy for me to catch my dreams. I'm blessed! Alhamdulillah! Catat lagi nanti, thank you semua. Wasalam. Spread love!





Friday, July 8, 2011

Total Blessed,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome. This is just a quick update. Jadi, janganlah marah yekalau this entry sangat pendek. Maaf ye? So, entri ini adalah untuk menunjukkan rasa syukur, dengan penat lelah berlari-lari ke photoshoot and all, akhirnya, its out. Alhamdulillah. Enjoy the pictures people ;) I do this entry sebab nak menghargai orang-orang yang deserve the credits sebab memberikan sponser kepada baju saya. Terima kasih semua. Harap sponser lagi ye? :) 

Najwa Latif's in Magazine and News Papers :)

 Utusan :) 

I'm wearing a dark blue selendang and jacket from Batik Valley
Thank you kak fatin!

 Metro :)

Untuk gambar yang duduk tu,
I'm wearing everything from Minaz Boutique Studio
Oh and tudung yang berbunga tu sangat lawa, worth buying :) 
Tekan sini kalau minat nak beli tudung tu :D
Thank you, Kak Mija! :)

 Sinar Harian :)

This one baju semua sendiri, 
tapi gambar ini adalah courtesy dari abang Khairul Azkar
Dia ambil gambar saya secara percuma,
and bantu saya untuk gambar profil ini.
Dalam paper ni pun ada yang abang Xalleh Razak
Jadi,
Thank you abang KA dan XR! :)


 Hip Berita Harian :)

Yes, apa saja yang saya pakai dalam phtoshoot ni,
semuanya di sponser oleh, again, Minaz Boutique Studio
Pakaian dia sangat lawa, comfortable dan girly.
Jauh beza dari apa yang saya pakai biasa.
Dan selalunya baju dari Minaz ni dia buat limited edition.
So, kalau berminat, boleh pegi FB page diorang ok? :)
Thank you kak Mija!


Media Hiburan :)

And this, everything semua adalah courtesy of my wardrobe.
Jadi, terima kasih diri sendiri. Eh eh? haha

So, that's about it. Alhamdulillah, thank you Allah. And thank you kepada abang-abang dan kakak-kakak wartawan yang sudi untuk interview saya. Terima kasih kepada NL'sAF yang membeli surat khabar and majalah ini untuk support saya. Terima kasih banyak-banyak. Jasa anda, hanya Tuhan yang mampu balas. Terima kasih :') Catat lagi nanti. Wasalam. Spread love! 





Monday, July 4, 2011

Costume Party Tolong Awek Aku Pontianak

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome. Mula-mula nak minta maaf sebab dah lama tak update blog ini. Lepas tu, nak wish Happy July kawan-kawan. Alhamdulillah, Jun sangat baik hati pada saya. Walaupun melalui banyak Ups and downs, tapi saya bersyukur sebab Tuhan sangat baik pada saya. Terima Kasih Tuhan.

Hari ni, saya telah pergi ke Menara Kuala Lumpur untuk event preview Tolong Awek Aku Pontianak, saya juga membuat persembahan tadi. Saya telah mempersembahkan dua buah lagu iaitu Cinta Muka Buku dan juga lagu bahasa inggeris saya yang pertama iaitu "Only Yours". Oh ada video lagu cinta muka buku acoustic versin on that day. Check em out :) Thank you kak aida sebab record kan utk saya :)



It was awesome. I get to see many people dan bila abang MC tu tanya kenal tak Najwa Latif, some of the jerit cakap "Kenallll sangatttt" Alhamdulillah. Total blessed! So, lepas ni, let the picture do the talking alrite? enjoy! :D 

 Out side menara Kuala Lumpur. 
KL Fest 11' :)

 Simple make up by Kak Ika *loves*
Style tudung belajar dari Tyah baby :')
I Love you Tyah! 


Pemandangan Dari Restoran Menara Kuala Lumpur.
Blessed! Alhamdulillah! 


while performing :)

People I met ;

 Kak Aida Arisya.
Kenal dia melalui twitter je.
Tapi dia sangat best sebab selalu dtg waktu sy perform atau ada event.
Thank you kak aida! 

 Kakak ni cute! :)

 :)

Abang ni ada record mini vlog dengan saya.
Kalau ada sesiapa kenal abg ni atau vlog dia, lemme know okay?

Ni abang syazwan!
Orang ramai kenal dia sebagai SuperSyazwan :)
Dia yang nyanyi lagu skandalism.
Nice to meet you abg!

Shylla Amzah!
She's so preettaaayyhhh! Seriously!

Pelakon kegemaran kak ika yang juga ada pelakon utama TAAP, 
Zahiril Adzim, Shera Aiyob and tak ingat nama.
*Drroolllssssss*


Ni abang Budiey, famous blogger.
Dia yang bagi peluang untuk saya perform dekat event ni.
Thank you abg! :)

Alhamdulillah, everything went well. Thank you dekat abg Budiey sebab memberi peluang yang sangat bermakna pada saya. Saya dapat naik Menara Kuala Lumpur, meeting new people and all, Alhamdulillah! Thank you semua. Update lagi nnt. Spread love!