Thursday, August 18, 2011

Nia Collection,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome. Hari ini saya nak buat review pasal satu blogshop iaitu Nia Elegance Hijabs

Apa yang best pasal blogshop ini adalah, design-design shawl dia sangatlah comel dan up to date. Design dia pun sangat sesuai dengan jiwa remaja sekarang ini. Dari segi harga pula, sangat affordable dengan kualiti dan servis yang tip top :) Tak percaya? Tengok ni :)

Pashmina Alisya
RM 24 exclude postage

Comel kannnnn? :D

Shawl Dania 
RM 24 exclude postage 

Yang ini adalah shaw edisi terbaru yang baru diupdate sempena hari raya yang bakal menjelma! :D

Dan, mempersembahkan 
BEST SELLING PRODUCT
dalam blog ini adalah 

Silky Satin :)
RM 35 each

TAPI
Kalau beli 2, dapat harga istimewa iaitu RM 60 :D

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli shawl dan pashmina dari blog ini, boleh lah jenguk blogshop Nia Elegance Hijabs atau boleh LIKE fanpage diorang Nia Collection okay? Oh yes, pada sesiapa yang nak beli inner neck,  blogshop ni pun ada jual inner neck dari jenama Maysaa. So, do check them out okay? Happy Shopping :D 








Saturday, August 6, 2011

nombor satu,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome! Tujuan saya menulis entri ini adalah kerana nak share satu berita gembira, berita yang hanya Tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya saya sebab lagu single pertama saya iaitu Cinta Muka Buku telah pun mendapat undian tertinggi semalam di Carta HotFM 20 Terhangat. Ya Allah, Alhamdulillah! Terima kasih semua :')

Cerita dia mcm ni, tengah rancak usya twitter semalam, saya tiba-tiba terbaca beberapa tweet ucap tahniah, antaranya adalah daripada kawan baik saya sendiri iaitu  Ashraff Mokhtar dan satu lagi kawan twitter saya :)


Terima kasih acap :')


Saya mula-mula pun macam tak percaya lah kan, saya sampai bbm acap tanya betul ke, dan dia suruh saya buka laman facebook HotFM dan tengok hasil undian. Saya pun buka lah. Terperanjat dengan apa yang saya baca sampai gosok mata banyak kali, ya Allah!


Tuhan je tahu perasaan saya pada masa tu, mula-mula macam, eh dia belum umum lagi lah. Baru nombor berapa. Sekali saya dapat mesej dekat twitter, abg Deen dari HotFM minta no phone saya sebab dia nak call dan suruh saya buat ucapan sebab lagu saya paling tinggi sekali undian. Waktu dapat DM twitter tu, saya macam, ya Allah, ya Allah, Astarghfirullah, betul ke ni. Macam tu lah. So, bila abang deen dengan kak ched call suruh bagi ucapan saya macam tak tahu nak ckp apa. Macam sebak gila. Nak nangis pun ada. Pada mereka yang terlepas nak dengar ucapan saya semalam, ini adalah rakaman yang Acap sempat rakam untuk saya. Terima kasih Acap :')






Alhamdulillah, terima kasih semua. Waktu dengar rakaman ini, saya dengan kakak saya menjerit dan berpelukan satu sama lain. Tuhan saja yang tahu betapa bersyukur nya saya dengan nikmat yang Dia beri pada bulan ramadhan ni. Terima kasih Ya Allah, yang maha pemurah lagi maha mengasihani :')


Tak putus-putus ucapan tahniah yang saya dapat sama ada di twitter ataupun di facebook dari anda semua. Apatah lagi dari NL'sAF saya. Bersyukur sangat sebab ada kawan-kawan yang awesome dan supportive macam kalian semua.





Ya Allah, saya doakan agar kalian dimurahkan rezeki dan diberikan segala kebahagiaan yang ada dalam dunia dari Allah S.W.T. Terima kasih atas sokongan yang tak putus-putus dan teruskan menyokong, meminta dan mengundi lagu saya di corong-corong radio. Terima kasih juga kepada record label saya NAR Records :') Kepada NL'sAF, thank you for being awesome as always dan teruskan menyokong saya. Kepada ahli keluarga yang tak putus memberi kan sokongan dalam jatuh bangun dan penuh cabaran, terima kasih. Kepada kakak saya, Syafika Latif yang menulis lirik untuk lagu Cinta Muka Buku ini, I AM SO PROUD OF YOU :') 

Maaf kalau entri ini macam agak poyo seolah-olah menang Grammy Awards kan, tapi saya sangat teruja dengan pencapaian ini kerana saya hanyalah seorang remaja berumur 16tahun, yang tak pernah bermimpi akan berada dimana saya akan berada sekarang. Terima kasih atas doa anda yang tak putus-putus kepada saya, saya dengan rendah hati, ingin mengucapkan terima kasih :') Much love people~ Wasalam :)




Monday, August 1, 2011

GiveAway EdY : Still beauty,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome. Jadi hari ini saya nak update bloh ini pasal satu contest. Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang suka masuk pertandingan sebab dah tahu tak kan menang kan, so dia macam tak pe lah. Saya berblogging ni pun, hanya untuk suka-suka dan kongsi pengalaman hidup saya.

Tapi, apabila dapat tweet daripada budak kecik kesayangan ini, dia cakap dia nak tag saya, so saya fikir, why not kan? Cuba je lah. Mana tahu rezeki bulan ramadhan ni kan?  Lagipun, empunya blog ni orang kampung saya sehhh. Orang Batu Pahat, Johor. Ecehh terus. Cari point bodek nak jadi pemenang lah tu. Haha Dan lagi satu, dia punya contest ini macam simple gila. Tak perlu nak tulis kata-kata berbunga, berperibahasa bagai. Cuma dengan beberapa langkah saja.

 Mula-mula, letak banner yang telah disediakan oleh empunya blog tersebut.



Kedua, kena letak 2 link blog yang dipunyai (?) oleh tauke blog tersebut. Hehe


Done! :)

Okay, kepada yang nak masuk pertandingan ini atau yang telah di tag oleh saya, anda perlulah follow kedua-dua blog tersebut. Lepas dah follow, pergi lah cari seorang blogger yang aktif dan beritahu dia, "Weh, hangpa telah di tag oleh cheq untuk pertandingan ni, cepat buat review skrg" eceh! haha Jadi, saya bercadang untuk mengetag seorang pembaca setia blog saya yang slalu comment dekat blog ini, iaitu,


Okay, bila dah tag dan semua dah buat, ada satu lagi benda yang kita kena buat, iaitu, tinggalkan link entri blog kita yang telah kita tulis untuk pertandingan ini, dekat sini,


So, Bismillahirrahmanirrahim... InshaAllah, kalau ada rezeki, menanglah patung "Angry Bird" tu. Eh, tersebut hadiah pula. Hehe So, selamat mencuba semua. Dan selamat berpuasa dan bercuti kepada orang yang dapat cuti macam saya yang duduk di Johor ini. Weeeeeee. Hehe InshaAllah, akan ada Vlog menyusul kemudian. Tunggu :) Keep on spreading love people! Wasalam :)