Sunday, August 12, 2012

Kad raya?

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome! Just a quick update. Saya ada menerima beberapa kad raya yang dipos ke NAR Records. Terima kasih , ikhlas dari lubuk hati. Oleh sebab Pos Malaysia dah tak terima sebarang sesi pos mengepos ni, jadi InshaAllah saya akan cuba balas selepas raya okay? :)


Terima kasih NL'sAF :')

Ramadhan dah nak tinggalkan kita kan? Aidilfitri pun dah nak datang menjenguk. Jadi apa persiapan raya korang semua? Saya mungkin akan balik kampung on the first day of raya dan terus bercuti-cuti Malaysia bersama keluarga, inshaAllah :) Saya akan pulang ke rumah untuk sesi belajar semula dah nak dekat habis cuti nanti .Hihihi At least, I can have my family time with my family :) Luangkan masa dengan keluarga korang di hari lebaran ni sebab sesungguhnya, masa bersama keluarga di hari Lebaran ini lebih bermakna :) 

So, jumpa lagi di entri lain hari. Selamat berbuka! :) 


Saturday, August 11, 2012

Back to basic ,

Assalamualaikum...

Hi kawan-kawan yang awesome. Tahukah anda betapa saya merindui anda? Tak tahu. Alamak. Kerinduan saya adalah sama banyak dengan viewers youtube saya. Yes, sebanyak itu. Mungkin boleh ditambah dengan simbol infiniti sekali. Banyak kan? Yes. Banyak! :D

Jadi, sekarang ni dah tak berapa dengan nyanyi nyanyi, makanya banyak menghabiskan masa kelas tambahan, tuition, tengok tv, main gitar, makan, makan dan makan lagi . Hihi Life is so good right now, Alhamdulillah.

So, nak raya ni, apa plan korang? Saya kena banyak habiskan masa dengan buku sebab Trial SPM nak dekat dah kan, jadi tak boleh nak main main sangat, tapi main tu masih adalah. hihihi 

Sejujurnya, dah dekat setahun tak menulis jadi agak kekok sikit sebab tak tahu nak tulis apa. Life is so interesting last year tapi now, interesting jugak sebab banyak habiskan masa dekat rumah. Yayy! :D 

Rindu menyanyi? MESTILAHHHH! Rasa macam lepas habes SPM nak pegi diri dekat hall mana-mana lepaskan gian menyanyi ni. Hahaha Tapi takpelah, macam kakak saya cakap "ada rezeki, adalah, InshaAllah". So, for now, masa kelapangan yang ada, saya akan habeskan dengan menulis blog ini , untuk saya keep track apa yang berlaku pada saya untuk tahun mendatang. 

Kalau baca entri-entri yang lepas, rasa nak menangis pu ada, rasa hidup dalam mimpi pun ada sebab banyaknyaaaaa benda yang berlaku dalam masa setahun ni kan? Alhamdulillah :')

So, for now, saya cuma nak cakap ,

  " Hi, I'm Najwa Latif . I'm 17 years old and this is my blog, my life :) " 

Thursday, August 9, 2012

Sekian lama,

Assalamualaikum.


Hai kawan-kawan yang super awesome,



IT'S BEEN A WHILE :)