Saturday, July 30, 2011

Re-Edit

Assalamualaikum...

I am making this blog because i feel like doing it. Merujuk kepada  blog kawan saya, saya rasa saya perlu untuk "defend" dia dalam hal ini. 

Pertamanya, saya ingin mengakui bahawa saya kenal Acap hanya dari twitter, kami kenal dan satu hari, kakak saya suggest untuk buat video clip nak bagi kelainan sikit dari video cover yang saya biasa buat. Jadi, saya minta kakak saya untuk call Acap dan kakak saya pun call dia.

Semua terjadi macam sepintas lalu. Tak ada storyboard, perbincangan, atau apa-apa pun. Kami cuma jumpa, berbincang pada ketika itu dan wallah, record. Kami tiada bajet, saya tak bayar acap apa-apa pun untuk video clip ini. Ini adalah VC RM 0 Budget. Dan ya, saya bukanlah pelakon profesional, dan ya! Saya ketawa terlalu banyak ketika proses rakaman dilakukan. Jadi, bukan salah Acap, salah saya sebab saya yang ketawa terlalu banyak. Scene yang paling susah bagi saya adalah waktu bergaduh dengan model lelaki yang saya sendiri tak kenal. Saya jadi kekok. Jadi, jangan salah kan dia. Acap dah cuba sedaya upaya, ewalaupunramai orang yang complain tentang cara editing dan sebagainya, chill lah. Setiap manusia belajar dari kesilapan. Tiada satu orang pun yang boleh buat semua benda perfect pada kali pertama, kan? Lagilah dengan tak ada bajet dan lain-lain, jadi kita patut respect hasil karya kawan saya ini, betul tak?

Kedua, pasal video yang di re-edit. Saya kenal lelaki yang re-edit video ini pun melalui twitter, dan dia seorang yang membenci saya. SAYA TAK PERNAH BERI APA-APA KEBENARAN UNTUK RE-EDIT VIDEO INI SEPERTI YANG DITULIS DALAM YOUTUBE CHANNEL DIA.  Sewaktu dia minta kebenaran dari saya, saya suruh dia untuk tanya Acap dulu dan ya, Acap bagi kebenaran untuk re-edit. Kenapa? Sebab tak salahkan kalau nak kongsi dan bertukar-tukar idea. TAPI, saya tak menyangka dia akan tulis sebegitu rupa dekat channel dia dan merendah-rendahkan kawan saya ini sampai mcm tu sekali. Walaupun orang kata video yang telah di edit tu lagi bagus dari video original, kenapa mesti nak kutuk  original VC itu? At least bagilah kawan saya sedikit kredit sebab dia yang berjalan, berpanas, berpeluh bawa kamera keliling Tasek Shah Alam tu untuk rakam video clip ini. DIA BERJALAN KAKI BERSAMA SAYA DAN KAKAK SAYA DALAM PANAS TERIK SEMATA-MATA NAK BUAT VC INI, dan bagi awak, Encik. S, awak hanya RE-EDIT video ini. Itu saja. Jadi, sebelum terhasilnya video yang awak re-edit tu, encik ashraff mokhtar ini lah yang berusaha buat segala-galanya. Jadi, kenapa awak nak merendahkan kredebiliti dia dengan mengatakan bahawa video yang telah awak re-edit itu lebih nampak macam rvideo clip sebenar sedangkan awak hanya RE-EDIT, yes, RE-EDIT. Jadi, jangan lah dengan senangnya awak nak menghina kawan saya dengan memerli cara editing dia dan sebagainya.

Kepada encik RE-EDIT, saya cadangkan agar awak untuk muhasabah diri dan berhenti berkelakuan tidak sopan kepada orang lain. Ada org cakap yang  saya berkelakuan buruk pada awak sebab saya Najwa Latif, jadi saya mencadangkan agar awak baca dulu tweet awak kepada saya yang sebelum-sebelum itu dan tengok siapa yang berlaku tidak sopan dulu. Senang je sebenarnya, kalau awak hormat orang lain, orang lain akan hormat awak balik. Hukum dunia, senang kan? Orang yang saya pernah tweet tahu saya mcm mana di twitter, so, don't simply judge unless u know me. 

Maaf kalau entri ini mcm emosional atau apa, saya kenal Ashraff Mokhtar tu mcm mana dan dia adalah seorang kawan yang kawan dengan saya sebelum saya adalah sesiapa, jadi tak salah saya rasa untuk saya tulis entry ini. Apapun, acap, if you read this, I just want you to know that,

Ashraff Mokhtar,
I AM SO PROUD OF YOU!
Apa pun orang cakap mengenai VC itu,
I just want you to know that
I LOVE THEM :')

Memang senang kita nak cakap buruk mengenai sesuatu sebab kita tak ada di dalam situasi itu dan modal yang kita gunakan hanya air liur. Jadi, don't simply judge people. Catat lagi nanti, Thank you. Wasalam.




27 comments:

azrijohan said...

dah baca pasal cite ni kat blog dia semalam...

kesian

NajwaLatif said...

azrijohan : kan? hish,

bombay said...

xpe..setiap perbuatan ada balasannya..;)

sabar,..;)

fatin syahirah :) said...

akan sentiasa ada je yang kejenya nak mejatuhkan orang. harap asyraff tu dapat sabar :D

yeahh, you baik kat twitter. i know that :D

jasmine :) said...

kesian nyea..
x patot btol mr.RE-EDIT
tuh.haish~

c-ma said...

nak tegur ckit boleh??ley xjgn cmpur adukkn bahasa inggeris dgn bhsa melayu dlm satu ayat?agak berterabur bile nak fhmkn satu2 ayat 2...papepun, saya minat lagu awak... cinta muka buku...maaf kalau terase...sekadar teguran =)

nabilah mohamad said...

encik ?? patut panggil adik kut, sebab dia 16 la ..

AshraffMokhtar said...

thank you, defend saya dalam hal ni :')

nurazerakamaludin said...

serious,Mr. Re-edit tu patut belajar bersopan. Ashraff Mokhtar,VC yang you buat much better dari dia yang tak ori tu. haha :)

ainaamy said...

@c-mahmm , tu boleh dikira lagi kot , yang awak pakai bahasa melayu aduk + pelat tu ? tu lagi memeningkan orang nak baca dari baca bm+bi . sekadar teguran .

.diannorhayati. said...

i'd see that original video and its good u know :) as u are new people and ur fren,cuz thats not that easy to make it. so,people,should be proud for what u ve done,and he's mostly of course. keep it up :)

NatakiWi said...

alamk .. bukan nk cakap apa laa kan .. apa ke bodoh dan bengap sgt laa si pkcik RE-edit tuh .. ckp mcm bgus jer .. ontonglaa tukaang edit yg takde laa bertauliah mne pon .. lps tuh senang aty nk judge orng mcm tuh .. dah just " EDIT " jerrrrr .. lgi nk tunjuk mcm profesional sgtt .. pegi balik ,.. then blaja respect other people dlu kayh .. then baru orng boleh recpect ENGKO punyer "RE-EDIT" tuh ..

najwa .. be strong .. HARAP acap dapt bersaabr gak k ..
i luv u so much guys ...

bUDaK nAKaL@pHiQUe said...

orang kite...hasad dengki tu kan satu lumrah...pantang tengok orang laen lebih sikit...penyakit PHD tu mule la datang...tu y jadi cam ape y dah berlaku...anyway, never give up..keep up a good works u guys~

IBU GEBU said...

hai adik... jemputlah datang rumah, buruk je pondok kita...
http://ibugebu81080.blogspot.com/2011/07/cinta-muka-bukunajwa-latif.html

Cikin said...

Maybe dia jeles kot , najwa tak suro dia buat VC utk najwa (:

Pencari Qurratuaini said...

hindarkan kontroversi tingkatkan prestasi. semoga terus maju dan maju

Keyyah said...

sabar ye najwa n acap....lumrah manusia mmg sentiasa dengki n xpuas dgn hasil kerja org lain...

NieLL FreEzy said...

sabar yer...

ieLa yaaCoB said...

2 lah mnusie..tak pernah puas hati dgn hsil krje org len..bnyk kn sabr ok:)

ubie said...

hoho..dia dah buat yg terbaik lah tu.

dia sendiri ngaku dia amatur kan,
so wht the big deal.

p/s: yg komen hasil kerja dier tu maybe 'professional' kot.

vc tu bukan utk dijual kan..

good job to him!
:)

GrimlyGeekyGirlNext Door said...

Good job dik, Just continue to be strong because both of you are :)

akim said...

You're the best nak signature boleh dah berpuluh kali dengar lagu cinta buku tak jemu-jemu langsung

akim said...

bila nak buat konsert secara live?

bisnes 4u.com said...

Assalam,

teruskan apa pun yang sis rasakan elok dan pertahankan apa yang perlu.. hati2 kenali rakan baru. ingat jangan mudah lupa diri yeah:) like's u song..keep it up!

SYED

Miss Violet Sofia said...

kenapa ek, tetiba rasa touching bc entry ni? aduss..wlupun x knal korang, tp najwa latif, sy sgt bangga dgn kamu. bkn nk mmuji, tp sy yakin hati najwa baik. ashraff mokhtar pasti sgt bangga dgn kamu. smoga pshabatn korang stiasa baik2 sja x kira d dnia mhupn d akhirat. *ikhlas* btw, jemput2lh mziarah blog sy juga yerk? http://missvioletsofia.blogspot.com

my ams said...

hai ada saja yg suka cari pasal tak bleh tegok hidup org senang,dia plak yg jd tak senang..dengki2..ape pn asyhraf ko dh buat video yg terbaik&kami hargai setiap penat lelah kamu,najwa&yg membantu dlm pembikinan video tu...teruskn berkarya..gud luck najwa&team!!

AinanTasneem pren said...

Sabar ye kak wawa .. klau boleh tahu video yg mne tu?