Friday, September 9, 2011

Selamat Hari Raya,

Assalamualaikum....

Hai kawan-kawan yang super awesome. Mula-mula nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Sibuk beraya, maklumlah, saya kan masih muda, harus menggunakan masa muda saya untuk mengumpul duit raya sebanyak mungkin *senyum comel*  Baiklah, mula-mula saya nak cakap ; 



Maaflah. Dah raya kesepuluh, baru nak ucapkan selamat hari raya. Tapi, saya tahu kawan-kawan saya yang awesome ni mesti beraya dengan jayanya kan? Hihi 

Okaylah, jadi hari ini saya nak update pasal persembahan dan rancangan yang saya buat untuk program Hari Raya. Bulan puasa hari tu, jadual nyanyian saya tak lah ketat mana. Saya banyak habiskan masa dekat rumah, buka puasa pun banyak dengan keluarga, Alhamdulillah :) 

Mula-mula sekali adalah rakaman untuk KLFM. Best gila :D Saya nyanyi lagu Cinta Muka Buku dan siap ada lakonan sekali saya datang beraya bawa kuih dari Johor. Hihi Tapi, it was a blast! Saya seronok gila. Rakaman dibuat di sebuah rumah di Ampang. Seronok sangat sebab ada DJ-DJ dari KL FM, abang Awi Rafael, dan Abang Daus AF7. Jom tengok gambar :) 

 Abang Awi Rafael ni seronok gila.
Dia sempoi je dan sangat gila-gila.

 Abang Daus pun best gila.
Senyum je. Peramah! 
:D

Ni waktu tu ada buat mini video untuk blog abang Daus.
It was fun.
Banyak gila saya ketawa hari tu. Hihi

Overall, saya sangat seronok buat rakaman hari raya tu. DJ-DJ KL fm, krew, dan semua orang yang terlibat sangatlah baik dan seronok. Tak rasa kekok pun walaupun ada setengah daripadanya saya baru jumpa hari itu. They make me feel like I'm home :) Thank you KLFM dan TVi tak silap saya :)

Persembahan yang seterusnya adalah di Shah Alam. Persembahan ini dibuat 2 hari sebelum hari raya. Yang bestnya persembahan ini, mama, kakak-kakak dan adik saya pun turut serta sekali. So, kami macam buat mini-vacation walaupun pada bulan puasa. Seronok! Kami sampai je dekat KL, kami pergi shopping raya sekejap. On the way nalik ke shah alam, kami lalu dekat depan Muzium Negara dan terbaca yang ada Pameran Kapal Karam.Oleh kerana kami ni memang suka nak jalan-jalan dekat Muzium ni, Mama saya pun ajak lah pergi Muzium Negara. It was FUN! 

 Dekat depan Muzium tu :)
Khazanah Kapal Karam 

 With my Lil Sister, Najiha :)

 Us :) 

Kalau tengok betul-betul, belakang ni dia buat macam arca kapal karam mirip
kapal yang karam dekat Desaru, Johor :) 

Dah settle mini-vacation kitorang, kami pun bergerak dan bersiap-siap untuk ke Persembahan Raya di Plaza Shah Alam, Seksyen 9. Saya buat persembahan dengan abang Zahid dan Kak Mimie :) It was fun. Terima kasih kepada semua yang datang dan memberikan sokongan :) 

 Waktu saya buat persembahan :)

 Ni sesi ramah mesra bersama kawan-kawan yang super awesome! :D

Inilah artis yang terlibat :)


Overall, I had fun! dan saya jumpa dengan Syam Kamarul. Alaaaa, yang buat cover CMB guna ukelele tu. Suara dia best gila! Tak percayaaa saya jumpa dia? Haaa, tengok ni! 

heeeee :D

Okaylah, nanti saya update lagi pasal Hari Raya saya pula. Keep on spreading love people :) Wasalam! 





39 comments:

BeloG MTT said...

Selamat hari raya Najwa ! :)

a n a s t a s y e a said...

Selamat Hari Raya Najwa ! Puasa sebulan .. raya pun kena sebulan gak (",)

www.anastasyea.com

azrijohan said...

selamat hari raya :DD

http://azrijohan.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-raya-njwalatif-maaf-zahir.html

nurdani said...

selamat hari raya.......!!!

Nienyz Ayub said...

selamat hari raya Najwa (=

farasakura said...

selamat hari raya ^_____^

http://miszfarasakura.blogspot.com

Nurul Hafiza Basiruddin said...

selamat hari raya :)

Ezzattie said...

selamat hari raya wawa!

Aimifiqa said...

selamat hari raya adik najwa. :D

Ruby Aretoii said...

selamat hari raya wawa :DD

Story Morry Eyka said...

Selamat hari rya kak najwa !!

Izzaty Ishak said...

Waaaah sakannya dia beraya! :D


Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin :D

man?? said...

~~cilamat ali laye cik adik najwa..
~~great improvemnt ngan ur own song n msc clip...
~~kne practice extra on plucking and fingering style..br boleh jd cam aizat..hehe
~~all da best in ur future :)

Mr.Thinker@Ali said...

selamat hari raya orang kampungku. :)

maizatul suraya said...

selamat hari raya wawa!! nanti mai la penang! hee:))

Nadia Farhanim said...

selamat ari raya najwa :)

nurin_syafienaz said...

najwa abg daus punye blog ape?

Afiqa Dayana said...

selamat hari rayaa, najwa ! :D

Cik Nani Noraini said...

selamat hari raya! :)

MuRni DahLiA said...

Sweet... Gr8 Najwa...
bangga owg batu pahat....=p
www.aleeya88.blogspot.com

Mira Amirudin said...

NL NL NL!!!! ;)
Selamat hari raya..;)

wanie said...

sedp lha suara akak :) & selamat hari raya . do stop by to my bloggie :) http://wanieteenagelifestory.blogspot.com

nizamsani said...

selamat raya.

Aku Ibu Muda said...

comel la kamu dik!

muhammad huzainie said...

selamat hari raya..!!

kamal "Özil" haziq said...

selamat hari raya too najwa...

aina zulaina :) said...

selamat hari raya ! u terhebat laa ;)

Rozuan Ismail said...

selamat hari raya najwa.lagu cinta muka buku meletop.ada dalam iklan TV3

IEQAH said...

selamat hari raya retissss

kaka said...

y picture berdiri 5orang 2 kan,yang belah kiri tiga2 muka sepesen je ek..hehe :p

Nafisah Ruslan said...

salam lebaran dari n9 :)

Hasnah Abdullah said...

Wawaaaa.. nak duit raya :D

Aderra said...

selat hari raya :) eh , akak cousin kawan saya kan ? dua pupu , shafiqah osman , bestnya akak ! hihi

Ainil Zainodin said...

najwa, i love your song cinta muka buku...! follow my blog! glad to know you ^^

saraseyra ; said...

your mom look familiar. i think i know her. you cucu nek usu eyh ?

Najihah Zulkifli said...

Hey girl,
Nama U sme dgn kkk saye larh.. Nme sye pun Najihah. Hehe.. Sepadan!

Mahamudah Mutiani said...

Comel

Archeen Homestay said...

salam...dik...akak merupakan pemborong selendang di melaka..dan akak menjual pelbagai jenis koleksi selendang rekaan dari kami..akak dari HIJAB WHOLESALES berminat utk jadikan adik model selendang akak..dan akak akan sponsor selendang untuk adik..kalau adik berminat adik boleh contact akak di 013- 4202944..adik juga boleh kunjungi FB akak http://www.facebook.com

terima kasih

Niji said...

hey i don't know if anyone has ever said this to you,

you sound like YUI!