Sunday, April 10, 2011

Nong Talhah Collection ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan super awesome! Lama tak update blog ni kan? Haih! maaflah sebab saya agak sibuk minggu lepas. Banyank benda yang saya nak cerita but InshaAllah will share it with you guys from time to time :)

Sebenarnya saya nak cerita tentang satu blogshop :) Nong Talhah Collection (NTC) adalah satu blogshop yang diusahakan tiga orang adik beradik. Seorang cikgu, seorang engineer dan seorang lagi masih belajar dekat UPM kalau tak silap. Hee~ Pandai-pandai kakak-kakak ni. Sejuk perut ibu mengandung. ALhamdulillah :)

Beberapa hari sebelum saya datang ke Kuala Lumpur, kak Shikin yang juga merupakan salah seorang owner blog ni menghantar email kepada kakak saya untuk bertanya mengenai bagaimana nak letak kan iklan di blog saya. Jadi, kakak saya pun menghubungi kak Shikin.

Apabila mereka tahu yang saya akan di-interview pada hari Jumaat, mereka pun dengan sangat bermurah hati memberikan saya beberapa helai selendang, inner cotton dan juga aksesori untuk dipakai ketika interview :) Hee~ Terima kasih akak-akak sekalian dengan mak cik sekali :)

So, setelah saya sampai hari Jumaat tu, dan setelah selesai semua kerja, saya dan kakak saya plan untuk pergi berjumpa kak shikin and family di Chengal Condominium, Cheras :) Alhamdulillah, mereka menyambut baik kedatangan kami and they were so awesome, especially mak kak shikin. Best gila! hehe Penat saya ketawa waktu jumpa mereka.

So, ini adalah antara gambar yang kami sempat ambil bersama-sama :)


 Ni mak kak Shikin.
Mak cik ni best! Sempoi saja :)

 Kak Shikin :) Cantik kan dia? kan? kan?
Tak lama lagi dia akan pergi Indonesia, jadi engineer dekat sana.
Tengok, beauty with brain. Huu~ adore you kak Shikin :)

 Shawl pink , Inner cotton merah dan klip reben tu semua dari Nong Talhah Collection



 Ni kakak kak shikin.
Dia comel sangat lepas tu happy go lucky je orangnya.
Kakak ni cikgu tau.
Untung student dapat cikgu sempoi macam dia. Hehe :D

 Ni housemate kakak kak shikin :)
Dia pun cikgu. Sempoi je orangnya :)

 Group photos :)




Seronok gila. Thank you kak shikin and family sebab sudi mempelawa kami datang ke rumah :)

Mengenai shawl dari NTC ni kan, dia sangat amat lembut. Ini bukan saja nak bodek kak shikin suruh bagi shawl lebih lagi :P , tapi memang betul. Shawl dia senang nak bentuk dan jatuh elok bila dipakai. SELESA itu yang penting :)

Inner cotton dia pun selesa dan sedap dipakai. Tak panas atau buat saya berpeluh ke apa. Sebab saya ni keluar kadang-kadang satu hari baru balik, so takut peluh meresap dekat inner jadi berbau ke apa ke kan, tapi inner ni tak panas atau buat kita berpeluh ke apa ke. So, bila tak berpeluh, tiada lagi bau hapak :) hehehe

Kalau tak percaya saya pakai inner dan shawl NTC, boleh tanya kakak saya atau owner NTC sendiri. Saya dah pakai untuk interview Safiyya TV9, Galaksi TV9 dan juga pakai waktu pertandingan bowling MuzikFM. Selesa sangat. Nanti saya update gambar kalau tak percaya :P Atau tengok safiyya dan galaksi nanti. Oh dengan interview Mstar online :)

Hehe so, kepada sesiapa yang berminat untuk tengok-tengok collection shawl, inner cotton dan aksesori yang macam saya pakai tu, boleh lah klik banner NTC dekat sebelah tepi yang ads tu, atau klik sini :D 
Untuk facebook NTC pulak, boleh klik sini :)  Harga dia pun murah, cantik dan yang penting selesa :)

Jadi, selamat membeli belah kawan-kawan yang awesome :)

And thank you
you guys are awesome! :D









Friday, April 1, 2011

Syukur,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome. Alhamdulillah, berkat hari Jumaat ni kan, saya dapat banyak perkhabaran yang menarik hati. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur.

Yang pertamanya, mengenai blog, sehingga hari ini sudah ada lebih kuran 4k ++ follower dekar blog saya. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang super awesome sebab support penulisan saya :) Saya sangat bersyukur :')




Yang keduanya, sehingga ke hari ini, sudah ada 15k kawan-kawan yang awesome meng-LIKE fanpage saya. Alhamdulillah, untuk orang yang baru seperti saya, sangatlah tak terjangkau dek akal ku untuk dapatkan ramai kawan-kawan yang awesome untuk LIKE fanpage saya. Terima kasih kepada anda semua kerana kalau anda tak spread this music of mine, saya tidak dapat mengecapi apa yang saya ada sekarang :')



Yang ketiga, ini yang paling saya terharu sekali adalah apabila total upload views dekat laman youtube saya telah mencecah 1 juta dalam masa 6 bulan. Alhamdulillah :') Terima kasih semua kerana menerima music saya. Terima kasih :')


Dan yang terakhir adalah, lagu ciptaan saya yang pertama dan liriknya ditulis oleh kakak saya, telah mencecah 100,000 views dalam masa 6 bulan. Alhamdulillah. Walaupun lagu ini dibuat pada masa saya masih lagi belajar gitar dan banyak yang saya harus improve, tapi ramai kawan-kawan yang awesome dapat menerima lagu ini dengan baik. Ada juga yang memberi kata semangat dan memberi idea agar saya dapat meng-improvekan lagu ini. Terima kasih semua. Kasih sayang anda amat saya hargai :')





Saya hanya manusia biasa yang baru berumur 16 tahun. Tak pernah terlintas di fikiran saya bahawa minat saya ini dapat membawa saya ditempat mana saya berada sekarang. Tak pernah juga terlintas bahawa dengan memuat naik video di laman youtube saya , dapat memberikan saya ramai kawan-kawan baru dan  saya juga dapat berkongsi minat dan bertukar pendapat dengan anda semua. Tuhan memberikan saya kesempatan yang amat istimewa dan InshaAllah saya akan yang terbaik sama ada dalam pelajaran mahupun minat saya ini, iaitu muzik :')

Alhamdulillah kawan-kawan yang super awesome, WE MADE IT :')

Tanpa anda semua, tak mungkin orang mengenali NAJWA LATIF.

Terima kasih, jujur dari hati :')

Much Love, Assalamualaikum :)