Assalamualaikum...
I am making this blog because i feel like doing it. Merujuk kepada
blog kawan saya, saya rasa saya perlu untuk "defend" dia dalam hal ini.
Pertamanya, saya ingin mengakui bahawa saya kenal Acap hanya dari twitter, kami kenal dan satu hari, kakak saya suggest untuk buat video clip nak bagi kelainan sikit dari video cover yang saya biasa buat. Jadi, saya minta kakak saya untuk call Acap dan kakak saya pun call dia.
Semua terjadi macam sepintas lalu. Tak ada storyboard, perbincangan, atau apa-apa pun. Kami cuma jumpa, berbincang pada ketika itu dan wallah, record. Kami tiada bajet, saya tak bayar acap apa-apa pun untuk video clip ini. Ini adalah VC RM 0 Budget. Dan ya, saya bukanlah pelakon profesional, dan ya! Saya ketawa terlalu banyak ketika proses rakaman dilakukan. Jadi, bukan salah Acap, salah saya sebab saya yang ketawa terlalu banyak. Scene yang paling susah bagi saya adalah waktu bergaduh dengan model lelaki yang saya sendiri tak kenal. Saya jadi kekok. Jadi, jangan salah kan dia. Acap dah cuba sedaya upaya, ewalaupunramai orang yang complain tentang cara editing dan sebagainya, chill lah. Setiap manusia belajar dari kesilapan. Tiada satu orang pun yang boleh buat semua benda perfect pada kali pertama, kan? Lagilah dengan tak ada bajet dan lain-lain, jadi kita patut respect hasil karya kawan saya ini, betul tak?
Kedua, pasal video yang di re-edit. Saya kenal lelaki yang re-edit video ini pun melalui twitter, dan dia seorang yang membenci saya. SAYA TAK PERNAH BERI APA-APA KEBENARAN UNTUK RE-EDIT VIDEO INI SEPERTI YANG DITULIS DALAM YOUTUBE CHANNEL DIA. Sewaktu dia minta kebenaran dari saya, saya suruh dia untuk tanya Acap dulu dan ya, Acap bagi kebenaran untuk re-edit. Kenapa? Sebab tak salahkan kalau nak kongsi dan bertukar-tukar idea. TAPI, saya tak menyangka dia akan tulis sebegitu rupa dekat channel dia dan merendah-rendahkan kawan saya ini sampai mcm tu sekali. Walaupun orang kata video yang telah di edit tu lagi bagus dari video original, kenapa mesti nak kutuk original VC itu? At least bagilah kawan saya sedikit kredit sebab dia yang berjalan, berpanas, berpeluh bawa kamera keliling Tasek Shah Alam tu untuk rakam video clip ini. DIA BERJALAN KAKI BERSAMA SAYA DAN KAKAK SAYA DALAM PANAS TERIK SEMATA-MATA NAK BUAT VC INI, dan bagi awak, Encik. S, awak hanya RE-EDIT video ini. Itu saja. Jadi, sebelum terhasilnya video yang awak re-edit tu, encik ashraff mokhtar ini lah yang berusaha buat segala-galanya. Jadi, kenapa awak nak merendahkan kredebiliti dia dengan mengatakan bahawa video yang telah awak re-edit itu lebih nampak macam rvideo clip sebenar sedangkan awak hanya RE-EDIT, yes, RE-EDIT. Jadi, jangan lah dengan senangnya awak nak menghina kawan saya dengan memerli cara editing dia dan sebagainya.
Kepada encik RE-EDIT, saya cadangkan agar awak untuk muhasabah diri dan berhenti berkelakuan tidak sopan kepada orang lain. Ada org cakap yang saya berkelakuan buruk pada awak sebab saya Najwa Latif, jadi saya mencadangkan agar awak baca dulu tweet awak kepada saya yang sebelum-sebelum itu dan tengok siapa yang berlaku tidak sopan dulu. Senang je sebenarnya, kalau awak hormat orang lain, orang lain akan hormat awak balik. Hukum dunia, senang kan? Orang yang saya pernah tweet tahu saya mcm mana di twitter, so, don't simply judge unless u know me.
Maaf kalau entri ini mcm emosional atau apa, saya kenal Ashraff Mokhtar tu mcm mana dan dia adalah seorang kawan yang kawan dengan saya sebelum saya adalah sesiapa, jadi tak salah saya rasa untuk saya tulis entry ini. Apapun, acap, if you read this, I just want you to know that,
Ashraff Mokhtar,
I AM SO PROUD OF YOU!
Apa pun orang cakap mengenai VC itu,
I just want you to know that
I LOVE THEM :')
Memang senang kita nak cakap buruk mengenai sesuatu sebab kita tak ada di dalam situasi itu dan modal yang kita gunakan hanya air liur. Jadi, don't simply judge people. Catat lagi nanti, Thank you. Wasalam.