Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan super awesome! Lama tak update blog ni kan? Haih! maaflah sebab saya agak sibuk minggu lepas. Banyank benda yang saya nak cerita but InshaAllah will share it with you guys from time to time :)
Sebenarnya saya nak cerita tentang satu blogshop :)
Nong Talhah Collection (NTC) adalah satu blogshop yang diusahakan tiga orang adik beradik. Seorang cikgu, seorang engineer dan seorang lagi masih belajar dekat UPM kalau tak silap. Hee~ Pandai-pandai kakak-kakak ni. Sejuk perut ibu mengandung. ALhamdulillah :)
Beberapa hari sebelum saya datang ke Kuala Lumpur, kak Shikin yang juga merupakan salah seorang owner blog ni menghantar email kepada kakak saya untuk bertanya mengenai bagaimana nak letak kan iklan di blog saya. Jadi, kakak saya pun menghubungi kak Shikin.
Apabila mereka tahu yang saya akan di-interview pada hari Jumaat, mereka pun dengan sangat bermurah hati memberikan saya beberapa helai selendang, inner cotton dan juga aksesori untuk dipakai ketika interview :) Hee~ Terima kasih akak-akak sekalian dengan mak cik sekali :)
So, setelah saya sampai hari Jumaat tu, dan setelah selesai semua kerja, saya dan kakak saya plan untuk pergi berjumpa kak shikin and family di Chengal Condominium, Cheras :) Alhamdulillah, mereka menyambut baik kedatangan kami and they were so awesome, especially mak kak shikin. Best gila! hehe Penat saya ketawa waktu jumpa mereka.
So, ini adalah antara gambar yang kami sempat ambil bersama-sama :)
Ni mak kak Shikin.
Mak cik ni best! Sempoi saja :)
Kak Shikin :) Cantik kan dia? kan? kan?
Tak lama lagi dia akan pergi Indonesia, jadi engineer dekat sana.
Tengok, beauty with brain. Huu~ adore you kak Shikin :)
Ni kakak kak shikin.
Dia comel sangat lepas tu happy go lucky je orangnya.
Kakak ni cikgu tau.
Untung student dapat cikgu sempoi macam dia. Hehe :D
Ni housemate kakak kak shikin :)
Dia pun cikgu. Sempoi je orangnya :)
Group photos :)
Seronok gila. Thank you kak shikin and family sebab sudi mempelawa kami datang ke rumah :)
Mengenai shawl dari NTC ni kan, dia sangat amat lembut. Ini bukan saja nak bodek kak shikin suruh bagi shawl lebih lagi :P , tapi memang betul. Shawl dia senang nak bentuk dan jatuh elok bila dipakai. SELESA itu yang penting :)
Inner cotton dia pun selesa dan sedap dipakai. Tak panas atau buat saya berpeluh ke apa. Sebab saya ni keluar kadang-kadang satu hari baru balik, so takut peluh meresap dekat inner jadi berbau ke apa ke kan, tapi inner ni tak panas atau buat kita berpeluh ke apa ke. So, bila tak berpeluh, tiada lagi bau hapak :) hehehe
Kalau tak percaya saya pakai inner dan shawl NTC, boleh tanya kakak saya atau owner NTC sendiri. Saya dah pakai untuk interview Safiyya TV9, Galaksi TV9 dan juga pakai waktu pertandingan bowling MuzikFM. Selesa sangat. Nanti saya update gambar kalau tak percaya :P Atau tengok safiyya dan galaksi nanti. Oh dengan interview Mstar online :)
Hehe so, kepada sesiapa yang berminat untuk tengok-tengok collection shawl, inner cotton dan aksesori yang macam saya pakai tu, boleh lah klik banner NTC dekat sebelah tepi yang ads tu, atau klik
sini :D
Untuk facebook NTC pulak, boleh klik
sini :) Harga dia pun murah, cantik dan yang penting selesa :)
Jadi, selamat membeli belah kawan-kawan yang awesome :)
And thank you
you guys are awesome! :D