Thursday, March 31, 2011

Jatuh,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome :) Kalau menurut topik ni, mesti macam ada orang yang cemas kan? Tidak. Bukan saya jatuh, tapi ini mengenai kejatuhan atau kata nama lain nya adalah gagal. Semua orang dalam dunia ni pernah gagal, tak kira lah dalam pelajaran, persahabatan atau apa saja. Saya sendiri pun pernah mengalaminya :')

Jadi hari ni, saya nak minta kawan-kawan semua share dengan saya mengenai kegagalan yang anda pernah alami dalah hidup dan bagaimana anda bangkit semula dari kegagalan tersebut. Boleh tinggalkan cerita anda di laman komen di bawah :) Kalau nak buat entri mengenai cerita anda pun okay jugak. Apa yang anda perlu buat hanyalah tinggalkan link entry anda dekat komen bawah ni. InshaAllah saya akan datang jenguk dan baca cerita tu :)

Okay, kenapa tiba-tiba bertanya pasal ni? Well, saya dengan kakak tengah cuba-cuba nak buat lagu mengenai hidup yang mana seorang yang gagal dan berdiri kembali demi masa depan sendiri. Kami masing-masing ada cerita mengenai kegagalan dalam hidup, tapi we love to hear about you guys punya story pulak. Mungkin boleh ditambah-tambah dan dijadikan kepada satu lagu yang awesome kan?

Hee. Okay lah, nak tidur. Esok petang akan ke Seremban pula :) Selamat malam dunia. Mimpi indah ya? Much love. Assalamualaikum :)





Wednesday, March 30, 2011

Tempahan dibukaaaaaaaaa ,

Assalamualaikum ...

Hai kawan-kawan yang super awesome :) So, hari ini dengan bangganya saya nak announce yang tempahan untuk t-shirt saya telah dibuka. Kepada yang tak tahu, saya memilih warna grey sebab macam awesome lah warna dia. Tapi, kalau siapa nak tempah putih pun boleh jugak, kalau cukup kuota yang tempah puthi, then kami akan buat warna putih, kalau tak, sorry lah eyh? =,="

So, tshirt nya adalah seperti berikut :)


Okay, harga baju ini adalah RM 25, kos penghantaran adalah RM 5. Bagi yang duduk area Batu Pahat dan Shah Alam, boleh pick up sendiri dekat mana-mana lah yang saya akan beritahu nanti  :) Saiz baju ini adalah dari XS sehinggalah XL :)

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menempah nya, bolehlah email details seperti berikut ;

Nama :
Alamat :
Nombor Telefon :
Saiz :
Kuantiti :
Cara Penghantaran : Delivery atau Pick up

Okay, emailkan kepada kakak saya : eqwafika@yahoo.com.my, InshaAllah kakak saya akan cuba reply dalam masa 24 jam :)

Yeay! Excitedddd! Okay, itu saja. Nanti saya update lagi. Much love, Assalamualaikum!




Tuesday, March 29, 2011

Yang mana satu, idaman kalbu ?

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome! Ketahui lah anda bahawasanya, saya berada di dalam dilema. Saya nak buat t-shirt untuk kawan-kawan yang super awesome ini, tapi saya tak tahulah mana yang sesuai. Boleh tolong saya? Tolong pilihkan warna apa yang saya patut pilih sebagai base colour for the tshirt. Tolong yea? Heeee~

 Grey :)

White :)


Okay, silalah memberi segala komen mengenai warna baju di bahagian comment okay? Mungkin apabila tshirt ini sudah dicetak, saya akan beri satu kepada lucky commenter yang memberi comment tentang baju ini :) Terima kasih you awesome people! Much love, Assalamualaikum !




Terharu...

Assalamualaikum...

Saya balik dari sekolah tadi, terus online. So, first sekali yang saya akan cek adalah Facebook :) Oh, buka-buka je adalah beberapa notifications. Cek,cek ada seorang lelaki mention nama saya dalam salah satu status facebook ni. So, saya pun bukalah. Boleh kata saya macam terperanjat gila. Macam teharu pun ada. Kenapa? Kerana inilahhhh...

Huuu. Terharu gila. Thank you kak Ainan :')


Okay, jadi saya tak lah kenal personally dengan Ainan Tasneem, tapi boleh dikatakan dia juga seperti saya, mempunyai minat yang sama dalam bidang nyanyian dan juga gitar. Saya mengenali kak Ainan pun melalui rakaman video nyanyiannya bersama gitar di laman sesawang youtube. Saya rasa tujuan kami upload video juga sama, untuk berkongsi bakat yang ada dengan dunia. Jangan salah anggap :') Walau apa pun yang terjadi, saya harap kak Ainan akan terus berjuang demi passionnya dalam muzik dan membuat cover-cover baru lagi coz, u're one awesome girl I tell you :)

Oh! Kepada semua yang mempunyai passion terhadap muzik, gitar atau apa saja in life, don't you ever give up okay? Walau apa pun orang kata,ingatlah yang you know your self better :) Know that , there are so many people yang akan support awak jika awak bersungguh-sungguh dalam minat awak itu macam your family, your friends etc :) Know that Allah will always be with you kalau niat kita baik :)


Okaylah, nak tidur. Esok exam. Good night semua. Much love, Assalamualaikum :)





Monday, March 28, 2011

Cinta Muka Buku ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome. Saya sangat lah gembira kerana saya telah dapat mengupload satu teaser lagu baru saya. Tajuk lagu ini adalah "Cinta Muka Buku". Heeeee~

Okay, dengar dulu. Nanti saya cerita macam mana saya boleh buat lagu ini :)


So, what do you think peeps? Okay tak? Hee Lagu ini sebenarnya dibuat sewaktu saya tengah main-main gitar. Tiba-tiba dapat satu dua kod. Dan apabila dicantumkan menghasilkan bunyi yang preety awesome gak lah. Heee~ Saya memang suka masuk bakul angkat sendiri ni. :P

Okay, so itu dari segi muzik. Dari segi lirik pula, kakak saya kata, dia dapat ilham sebab waktu saya call dia untuk mem-perdengarkan melodi tersebut, dia tengah online facebook. Waktu itu banyak budak status naik in a relationship katanya. Untuk makluman semua, kakak-kakak saya ni suka stalk orang. Hehe kan dah kantoi kat situ. Okay, berbalik kepada cerita asal, jadi kakak saya ni pun pergilah buat research pasal orang-orang yang bercinta secara online ni. So, dah dapat, tu yang lirik dia jadi macam itu :D akak saya kata, kalau dulu macam dia budak-budak tengah sibuk MySpace. Tapi sekarang tengah sibuk Facebook, tu yang jadi Cinta Muka Buku :) Lagi pun, kalau nak guna MySpace kang jadi Cinta Ruang Saya? =,=" Tak pun, cinta Friendster jadi Cinta Kawan-Ster??? -______-" Amboi, pandai kakak bergurau. Pfftt.  

So, takpelah, kita stick kepada cinta facebook, iaitu Cinta Muka Buku :"D

"KEBANYAKAN" orang boleh relate dengan lagu ini sebab benda ini memang berlaku di alam nyata. Betul tak? Betul tak? *angkat-angkat kening* hehe Tengok tu, senyum sorang-sorang. Betul lah tu :P

Okaylah, nanti saya update lagi. Saya nak update tiap-tiap harilah mulai saat ini. Huuu~ Doakan lah saya berjaya. Okay bye! Much love, Assalamualaikum!



Sunday, March 20, 2011

1tube.my

Assalamualaikum...


Hai kawan-kawan yang super awesome ! Al-kisahnya semalam saya telah diberi kesempatan untuk membuat satu klip video bersama 1tube.my . 1tube ni macam Malaysian version of youtube lah. You guys should check it out because it is super cool :)

Lokasi video ini adalah di Studio Siti Hajar, Galaxy Ampang. Video ini telah dishoot oleh abang Rafil dan yang ikut bersama adalah abang Ben Ashaari dengan kak Mia. Terima kasih semua termasuk abang yang tolong check kan audio saya, Thank You banyak-banyak.

Okay, done with the talking. Just enjoy the video peeps :)


 

Silalah tinggalkan komen anda. Maaf kalau kekurangan dimana-mana. Thank you again to abang Fil, Abang Ben, Kak Mia dan Abang audio. You guys are awesome :) Much love, Wasalam :)


notamintasemangat : Soon, saya akan upload teaser lagu "Cinta Muka Buku". Tungguuuuu :)

Saturday, March 19, 2011

Kesibukan yang melanda..

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang awesome! Mula-mula nak minta maaf sebab saya sangat busy dalam beberapa hari ini.Kenapa?  Sebab, Alhamdulillah, setelah 33 video saya upload dekat video,akhirnya saya telah dijemput oleh sebuah syarikat rakaman iaitu NAR Records untuk menjadi salah seorang dari ahli keluarga mereka, Alhamdulillah :')

Sekarang ini saya dijaga dengan baik oleh Kak Maz, Abang Hafeez, Abang Amir dan Abang Azhari. Dan, saya juga sedang busy dengan rakamn single pertama saya yang bertajuk "Cinta Muka Buku". Single ini akan diproducekan oleh Uncle Eddie Marzuki dan dipublishkan under NAR Records :')

Jadi, ini adalah sebahagian dari gambar yang saya ambil ketika proses rakaman muzik "Cinta Muka Buku" 


 Abang Amir, Uncle Eddie dan Abang Hafeez :)


 Abang Sam, dia yang main drum part untuk lagu "Cinta Muka Buku"








InshaAllah, lagu ini akan di keluarkan pada akhir bulan Mac ini. Eksaited :D Oh, terima kasih banyak-banyak yang tinggi menggunug kepada kawan-kawan yang awesome sebab sudi sokong saya sehingga ke tahap ini. Teruskan sokongan anda okay :) Jumpa lagi in the next post, Much love! Wasalam :)



Saturday, March 12, 2011

May Allah give you strengths ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome! Semalam, kita semua dikejutkan oleh satu berita dimana bumi Jepun mengalami gempa bumi dan Tsunami. Dikatakan magnitudnya mencecah 8.9 dan ketinggian ombak Tsunami adalah 30 kaki, MashaAllah. Let the pictures do the talking :'(




Ini adalah salah satu lapangan terbang yang mushan. 
Kalau tak silap, penerbangan dari MAS beroperasi disini. 



Semuanya musnah dalam sekelip mata. Itulah kuasa Tuhan. Anggaplah ini sebagai peringatan untuk kita lebih mengingati-Nya dan mensyukuri apa sahaja rahmat yang telah diberikan. Sabah dan Sarawak juga menerima amaran Tsunami dari pukul 6.30 petang semalam sehingga 12 tengah malam tadi. Alhamdulillah, saya tak dengar apa-apa musibah lagi yang melanda disana. Marilah kita doakan agar dunia, khususnya Malaysia, jauh dari segala malapetaka, Amin. 

Marilah kita mendoakan agar sahabat-sahabat kita yang berada disana, tak kira apa bangsa sekalipun, tabah menghadapi segala ujian yang diberikan-Nya. Al-Fatihah kepada saudara-saudari muslim yang menerima sebarang kehilangan, dan takziah kepada saudara-saudari di bumi Jepun .

InshaAllah, kita jumpa lagi in the next post. Spread the love around the world people, Wasalam. 





Tuesday, March 8, 2011

Love has no distance :)

Assalamualaikum...

Hello beautiful people around the world. Hanya short entry untu beritahu kawan-kawa dekat blog ni yang saya dah upload new video from AJ Rafael. This song didedikasikan kepada kawan-kawan awesome saya yang tak pernah jemu nak support dan bagi kata semangat kepada saya. Enjoy the video peeps :)






Okay tak?Hee. Klu tak okay, maaflah yea? Okay, nanti update lagi, Banyak good news nak share. Talk with you guys later. Much love, wasalam :)


Monday, March 7, 2011

Video Blog Kedua ,

Assalamualaikum...

Let the video do the talking :) 


video



notamintamaaf : Maaflah kalau video ni macam terlebih over dan sebagainya. -,-" Saya memang macam gila sikit kalau gementar. Ok bye! Wasalam. 






Wednesday, March 2, 2011

Saya lupa ,

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang super awesome! This is just a short entry to let you guys know that I already upload a new cover. Lagu ini Bruno Mars yang nyanyi dan tajuk dia adalah Marry You. Saya suka lagu ini sebab lirik dia macam bersahaja dan kita semua boleh relate dengan lirik dia. Simple but very nice. Minta maaflah kalau ada yang kurang, ada yang salah ke apa ke yea? I hope you guys like it :)



Okay, itu saja. Nanti saya update lagi okay ? Oh! Lupa lahh. Sekarang dah masuk bulan march kan? Pejam celik pejam celik dah pergi dah February. How time really flies. Well, no worries. Saya berdoa agar March ini pun akan jadi se-awesome Feb dan se-fantastik Jan, Amin! Okaylah, nak tengok cover lagu saya yang lain, boleh klik sini :) Much love peeps! Wasalam :)