Sunday, January 30, 2011

Pengalaman baru di Konti Putra FM

Assalamualaikum...


Helo kawan-kawan yang amat awesome! Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak upload video interview dekat Putra FM hari tu. Sebelum tengok, nak minta maaf dulu sebab video ini mungkin akan meng-annoyingkan sesetengah orang sebab saya memang banyak sangat amat ketawa bersama kakak saya, abg DJ tu dengan kak acik dengan kak farah skali. Interview ni start pukul 9 dan habes dalam 10 lebih mcm tu. Tapi kami sampai awal aroun 8.30pm sebab kak acik kata kena buat recording lagu carta hati dulu sebab dia nak mainkan lagu itu dekat Putra FM :)  


Ini antara satu pengalaman yang best and port lepak paling awesome sebab abang-abang and kakak-kakak kat sini memang super duper sporting gila! Okay, enough with the talking, enjoy this video :) 





Kan? Betulkan? Banyak gila ketawa. haha Okaylah, Just nak ucapkan terima kasih gila-gila dekat kak acik and selurh warga konti Putra FM UPM sebab sudi jemput saya dan beramah mesra dengan saya :) Walaupun saya gugup, ditanya lain, jawab lain tapi I'm having fun with it and I felt awesomess! huu~ 

Okay. Nanti saya update lagi k? Much love, Wasalam.




Saturday, January 29, 2011

Oh! Kau satu dalam seribu,

Assalamualaikum...




Hai kawan yang super awesome. Lagi satu video terupload sebab cuti kan? So, macam ada masa lapang je nak buat video. Hehe Harap semua enjoy, drop your comment atau apa-apa nasihat okay? Korang memang awesome!

Lagi satu, video ini untuk semua orang yang support saya sehingga fanpage saya dah cecah 5k dah. Alhamdulillah, syukur. Lepas tu, blog saya pun dah capai 1.5k followernya. Oh Alhamdulillah! Super syukur! So, ketahuilah bahawa setiap seorang daripada anda adalah kawan-kawan yang satu dalam seribu. Susah nak express perasaan, so, saya nak semua orang tahu yang korang memang awesome and korang semua memang "the best I'd ever had" lah. KORANG MEMANG SUPER AWESOME!

Malam-malam sikit saya update lagi dengan cerita pula okay? Tak janji tau, kena InshaAllah je sebab kakak sulung saya baru balik dari Shah Alam. Mana tahu dia nak bawa jalan ke kannn? Hee~ So, much love , Salam :)

notasikitsikit : Terima kasih kawan-kawan yang awesome! Sumpah memang tak dapat balas dengan wang ringgit atas segala support yang korang bagi. Hanya boleh bagi video cover lagu, InshaAllah nyanyian yang baik and a smile for all of you awesome people! Anda buat saya terharu! Terima kasih, Terima kasih !





Friday, January 28, 2011

Bercakap dengan bulan,

Assalamualaikum...


Just a quick post untuk kawan-kawan yang saya sayang. Saya dah upload new video. Cover song Talking to the moon by Bruno Mars. Kalau sudi, tekanlah sini :) 

Nanti kalau sempat, saya update lagi sebab banyak homework lah sekarang. Hee :) 

Happy holiday kawan-kawan yang saya sayang ! Enjoy your holiday :D

Much love people, Salam :)

notakakilima : Terima kasih kepada kawan-kawan yang up traffic dekat sini. Kalau sudi, click lah dekat nuffnang tu yea? Hee terima kasih daun keladi, saya sayang semua sekali :) 

Thursday, January 27, 2011

NSTP Bangsar,

Assalamualaikum...


Hai kawan-kawan yang saya sayang. Maaf sebab dah lamaaaaaaaaaaaa sangat tak update blog. Sebab saya busy dengan skolah and catch up subjek-subjek dan bab-bab yang tertinggal. Alhamdulillah, everything went well, for now. Huuuu~

Pada entry lepas, saya janji nak update blog pasal interview dekat putra fm kan? Sorrylah kawan-kawan yang awesome. Saya tak dapat nak update pasal tiu lagi sebab kakak saya tak siap edit videonya lagi. Sorry eyh?

Tapi, hari ni saya nak update blog ni pasal interview saya dekat NSTP Bangsar untuk column Skor A Berita Harian. Heeee Excited tau, janji pukul 11 pagi, pukul 10.30 dah sampai. Huu~

Pada berapa hari bulan hari tu kan, kakak saya kata saya kena pergi Bangsar hari Selasa, saya pun macam tanya kenapa, saya kena perform lagi ke? Kakak saya kata tak, ada photoshoot dengan Berita Harian. Saya terperanjat gila. Huuu~ Alhamdulillah :)

Yang interview saya hari itu adalah kak Azma :) Dia kata dia baca tentang saya dari blog cik epal. Oh! Terima kasih sangat CikEpal . Anda banyak sangat bantu saya :)






Ni semua gambar candid waktu saya kena interview dekat studio. Waktu dalam studio ambil gambar, kakak saya tak boleh tangkap gambar sebab nanti menganggu kerja photographer. Hari tu, saya dapat jumpa ramai artis macam Diddy, Anding, Faradhiya, Safura, Deja Moss, Ieda Moin dan ramai lagi lah. Saya cuma tak ambil gambar sebab takot nak cakap. Pfftt. Takpe lah. Ada rezeki nanti jumpa lagi :)




Okay lah, cuma nak cakap terima kasih sangat kepada Kak Azma yang sudi jemput saya datang dan sudi interview saya :) Tak silap hari tu Kak Azma kata surat khabar ni akan keluar on 9 Februari. Siapa dapat beli, beritahu saya tau. Mana tahu saya tak sempat beli, boleh lah minta pinjam dari korang, nak photostate dan laminate. HAHA

Okay lah, nanti update lagi. Much love, Salam :)

notasayangsayang : Terima kasih kepada yang memberi nasihat, kritikan dan sebagainya. InshaAllah, I will change to be a better person. Terima kasih sangat :)









Monday, January 24, 2011

HH Production,

Assalamualaikum...


Hai kawan-kawan yang super amat awesome. Hari ini saya masih di Shah Alam.  Err memang ponteng sekolah lagi sehari tapi bersebab. Bukan suka-suka macam konon-konon sakit perut, nangis-nangis cakap dekat ayah mama yang diri ini sakit. Oh bukan. Saya tidak hadir kerana bersebab. JAdi bukan kira pontenglah kan? Kannnn? =,= 

Okay, petang tadi around 12pm, saya bertolak ke Cheras sbb ada appointement dengan kakak comel ini pada pukul 2 petang. Kak iqa dan abg norman tak familiar sangat dengan jalan di area Cheras, sebab itulah kami bergerak awal.Saya sangat serooonok hari ni sebab saya dapat jumpa artis lah. Heeee~ Orangnya humble gila dan awesome dan sempoi je. Memang seronok. Betullah orang kata, nothing can buy experiences and memories in our life and this is one of them yang money can't buy. Oh, saya sangat seronok!

Artis yang saya nak jumpa itu adalahhh....
TARAAAAAAA~

 Heliza Helmi :)

Oh! Dia sangat awesome dan peramah dan sangat baik. Oh lupa. Sangat comel juga :D Dia juga tak kisah di ajak bergambar dan sebagainya. Saya rasa saaangat bangga bila dia kata dia suka lagu saya dan dia memang mendengar lagu saya dan tengok video saya. Oh, saya suka :) Alhamdulillah. Thank You Allah!


 Much love, Najwa Latif dan Heliza Helmi :)


  Ni saya dekat depan office HHP, Cheras.

Alhamdulillah. Everything starts well and ends well. Jumpa kak Heliza is one awesome experience and I will cherish it through the years. Oh and I make my self proud by singing in front of kak Heliza without any cacat cela dan sebagainya walaupun waktu tu tengah rasa gugup gila. HAHA


Btw, suka tak dekat my new blog? Hehe maaflah kepada sesiapa yang buka blog saya tapi waktu tu saya terpaksa privatekan sebab under construction. Terima kasih kepada kak Lisa sebab sudi design kan blog saya. You are awesome! I love you lah. Heee

Ok lah. Nak tidur. Jap lagi, nak pegi Bangsar ada kerja lagi. Oh I am so blessed! Alhamdulillah. Good night. Much Love, Salam :)


notarasasyukur : Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Nanti nak update pasal interview dekat putra fm pulak. Mungkin ada video. Heee tunggu :)






Saturday, January 22, 2011

Aminuddin Baki Carnival 11' , UKM

Assalamualaikum...


Hai kawan-kawan yang saya sayang ! Sebab ramai orang yang minta saya upload video saya perform dekat UKM, jadi saya upload kan untuk anda :) Seronok gila sbb dapat jumpa raaaamai kakak dan abang yang cool dan awesome di sana :) So, enjoy the video ! 

video


Jujur dari hati , saya tak sangka yang begitu ramai orang yang mengenali dan menghargai muzik saya. I am so touched. Layanan yang diberikan dari pihak event juga sangat best dan awesome! Terima kasih daun keladi , kalau ada rezki kita jumpa lagi :)

Kalau nak tengok gambar pula , boleh lah klik sini  :)

K lah, nak tidur. Penat sangat. Ada masa saya update lagi. and for UKM-ers, thank you guys for being so awesome! Much love, Salam.


notakasihsayang: terima kasih kak wani sebab bagi saya peluang untuk perform dekat sana dan bagi shawl yang sangat cantik. Nanti saya buat cover pakai shawl tu k? hehe i love you. Thank you!









Friday, January 21, 2011

Vlog pertamaaa ,

Assalamualaikum...

video



Hai kawan-kawan yang super awesome! As requested, saya buat satu vlog. Vlog ni terjadi ketika saya sedang photoshoot dekat minyak beku hari ini. So, maaf atas angin yang sangat kuat, dan tba2 ketawa sbb kawan kakak saya tba-tba datang ambil gambar time saya tengah cakap. HAHA okaylah. Terima kasih! Btw, cover baru saya dah upload :)) Nak tengok, boleh klik grenade by bruno mars cover  :)

K lah, nak tidor dulu. Esok ada sekolah ganti dannn akan pergi ke UKM Bangi! Looking forward to see you guys there! Much love. Salam :) 

notalimalimalima : maaf tentang video spontan ini dan terima kasih kepada semuaaaaaaa sekali yang buat review tentang saya. Kalau saya terlepas pandang, saya minta maaf yea? InshaAllah saya cuba baca semua :)












Wednesday, January 19, 2011

Selamat Hari Thaipusam :D

Assalamualaikum...

Hai kawan-kawan yang saya sayangggg :)) Saya dah upload video baru, the only exception by paramore. Tu je nak cakap sbb tiada idea nak tulis apa . Heee So, kalau nak tengok lebih banyak video, boleh klik sini :)




Oh! Sebelum terlupa, terima kasih yang sudi like fb, tengok youtube dan tambah trafik blog ni. Korang memang awesome! Pada sesiapa yang saya belum sempat jenguk blog diorang, InshaAllah, ada masa saya singgah yerk :)

Lagi satu, ada yang bertanya tentang nak meletak iklan di ruangan blog saya dan membuat review barangan shopping blog mereka, jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk letak iklan dan menyuruh saya untuk membuat review barangan mereka, boleh email kakak saya ; eqwafika@yahoo.com.my

Terima kasih daun keladi, korang semua memang awesome sekali!!!

Ada masa, saya update lagi. Nak tido dulu, esok nak bangun pagi. Selamat malam. Much love, salam!










Tuesday, January 18, 2011

Kesayangan yang akan selalu disayang,

Assalamualaikum...

Hai semua! So hari ni, saya nak bercerita tentang obsesi yang terlalu tinggi terhadap gitar :) Saya start bermain gitar dalam bulan April tahun 2009. Mesti ramai kata saya bermain muzik sebab ia sekarang adalah trend. Biar saya jelaskan disini, saya mempunyai keluarga yang berfikiran sangat terbuka mengenai muzik. Ayah percaya yang muzik ni dapat menggerakkan otak kiri  dan kanan dan membantu kepada sistem pembelajaran .  Betul! ini teori yang saya experience sendiri . Sebelum kelahiran saya didunia ni, ayah memang dah hantar kak iza dan kak ika belajar main organ atau pun setengah orang panggil electone  :) Lepastu, my kakak-kakak smua berhenti sbb dyorang tak minat. So, waktu saya form 2, ayah ada tanya saya dan adik, nak main muzik apa? Kakak pun ada pesan, kalau nak main muzik, biar kita minat. Sebab kalau instrument tu kita minat, kita akan praktis without orang suruh -,- So, saya memilih untuk bermain gitar, dan adik pula, main piano :) 

So, dari situ lah saya start pergi kelas, belajar segalanya. Dari tak tahu kod ape, sehingga lah tahu main lagu-lagu yang senang. Hihi Waktu first pergi kelas gitar, ayah belikan saya gitar Santa Cruz. Gitar tu lah yang menemani di kala bosan dan dikala tak reti main apa-apa lagi. Memang rase "lame" giler waktu tu sbb ade gitar tapi tak reti main. Ingat lagi, kakak-kakak balik dan suruh main gitar, saya tunjuk 2,3 kod, then letak gitar. Bila kakak tanya kenapa, saya kata itu saja yang belajar. Bayangkan, 6 bulan, macam tu je. Tiap kali kakak-kakak balik, mesti kena marah sbb takde progress. Huuuu~

" Inilah gitar yang teman dari tak cekap sehingga lah boleh main :") "


Kemudian, oleh sebab memang takde progress, ayah decide untuk masuk kan saya ke salah satu Yamaha  centre di Batu Pahat. Lepas belajar dengan seorang cikgu yang awesome, Alhamdulillah, saya semakin improve. Bila kakak-kakak balik je, dyorang tak suruh pun, saya ambil gitar dan main, konon nak tunjuk dah hebat main gitar lah kannn. Sekali kakak cakap, SUMBANG LAH WA~ Pffttt. Setepek kena. Amek kau. Haha Tapi, lepas tu, saya selalu practice dan makin rajin apabila dijemput untuk buat persembahan disekitar Batu Pahat. Dan, oleh sebab selalu buat persembahan ni lah, ayah saya belikan satu gitar unplugged yang berjenama Starsun. Dialah yang saya usung kesana kemari di sekitar Batu Pahat :")

" Dia ni lah teman hilang gugup bila atas pentas :') "

Kemudian, sbb dah okay sikit main Pop, ayah dan kakak cadangkan untuk saya belajar classical guitar pula. Time tu barulah rasa, aduhai, kenapa yea pilih gitar at the first place? Haha sampai berdarah-darah jari, tercabut-cabut kuku. Nampak dramatik tak bila cakap macam ni? Teheee So, lahirlah guitar classical Yamaha pulak :) 

" Classical kena belajar sbb it can help you improves your skill :) "


Lepas tu, pertengahan 2010, ayah saya beri cadangan suruh saya form a band sbb ayah nak suruh masuk Battle of the band di Kulai, Johor. Tapi, waktu tu, bukan saya yang cari, tapi ayah yang cari. Huhu Nama band saya OCGen 95' tapi dah lama jugak tak jamming dengan diorang lepas competition tu sbb masing-masing busy nak PMR :) Time tu, saya hanya penyanyi je dalam band tu, oleh sbb guitarist saya tak de guitar, so my ayah decide untuk belikan satu electric guitar untuk saya tapi bagi pinjam dekat my guitarist dulu untuk competition itu. Oh! Video competition bersama band saya ade dekat laman youtube saya. Maka, lahirlah Ibanez saya tanpa disangka-sangka. Heeeeee~
" Baby blue. Tak pernah lagi main ini depan orang ramai :) "
  
Lepas tu, saya semakin banyak dapat tawaran buat persembahan. Lalu, lepas ayah saya berbincang dengan kakak-kakak saya, ayah saya memutuskan untuk membelikan saya sebuah gitar baru iaitu epiphone sbb sounding untuk gitar ni lebih bagus dan jelas. Sekarang, dialah yang saya usung kesana-kemari untuk persembahan. Dialah penghilang gugup waktu atas pentas.

 " Dah jauh dah dia ni berjalan dengan saya :) "

So, itulah saja mengenai gitar saya. Tak ade nama specific lagi, tapi saya sayang semua. Oh! Terima kasih ayah sbb banyak melabur duit beli gitar-gitar ini. Dari hanya menyanyi di youtube, sampai lah satu stage dengan Monologue dan Liyana Fizi, semua pasal gitar-gitar ini. Terima kasih daun keladi, Kalau ade rezeki belikan gitar lagi, eyh ayah ? Heeee :)

K lah, nanti saya update lagi. Mungkin nak cerita pasal orang-orang pulak? Heeee. Much love. Salam.


notakalauterlupa ; terima kasih kepada smua orang sama ada yang baru atau yang lama yang sudi baca blog saya. Saya sayang kau orang semua :)




Monday, January 17, 2011

Kalau nak rasa bertuah, boleh tak?

Assalamualaikum...


Pertamanya, saya terasa sangat bertuah kerana ada kalian yang sentiasa menyokong sama ada secara telus, atau tidak. Saya amat terperanjat bila melihat ;
 


Dalam masa 1 hari, saya telah mendapat begitu ramai follower, begitu banyak komentar dan tak lupa yang meninggalkan jejak dan sebagainya. 502 itu adalah nombor yang sangat amat banyak bagi saya. Dan saya tak sangka begitu ramai yang mengikuti perkembangan saya dan menyokong keberadaan (?) saya di dunia blog ni. Haha ayat skema abes kan?

Baiklah, proceeeeeeed.

Oh ya! Tadi, saya login ke akaun nuffnang saya, dan saya jumpa ini ;

klik untuk kejelasan yang lebih jelas.


Saya memang sangat amat tidak percaya yang blog saya dibaca oleh manusia di seluruh pelusuk dunia. Okay, maybe tak seluruh lah. Segilintir. Teheee Saya harap mereka faham lah Bahasa Melayu standard SPM saya ni. Hehe Terima kasih tak terhingga sangat. Saya rasa sangat..... disayangi :'')

Oh ya, tadi kakak saya baru beritahu yang  MUNGKIN saya akan ke UKM sabtu ini. Ada hari kolej kalau tak silap. Mereka jemput saya untuk membuat persembahan. Jadi sesiapa yang berada di UKM tu, silalah datang :D Once it is confirmed, I will tell you guys :)



p/s : Confirmed! I'm going to UKM Bangi this saturday. Eventnya di Kolej Aminuddin Baki , 8.30 pm . Yeay! See you there :)


Baiklah. Nanti saya update lagi? Mungkin nak cerita pasal kesayangan? hehe. Much love. Salam


notakasihsayang ; terima kasih. Ini adalah satu pencapaian yang baik untuk awal 2011 ni. Tapi pencapaian ini tidak akan ada tanpa anda semua :")

notalagisekalisebabtaknakterlupa ; terimakasih CikEpal sebab buat review lagi sekali, kali ni introduce blog saya pulak. Terima kasih tak terhingga! Juga pada yang lain, nice to meet you :)
















Sunday, January 16, 2011

Permulaan Cerita Najwalatif :)

Assalamualaikum...

Well, I am still new in this blog world. So Kalau salah, silalah tunjukkan :) Baiklahhhh. Kita mulakan cerita ni dgn kenalkan diri..


  • Siapa Najwa Latif? 

Ok, nama saya kalau ikut kad pengenalan ialah Imratul Najwa bte Abdul Latif. Saya mungkin dikenali sebagai najwalatif atau wawa atau najwa dikalangan anda semua :) Saya bersekolah di Temenggong Ibrahim Girl School, Batu Pahat. Saya berumur 16 tahun. Hobi saya adalah bernyanyi-nyanyian. Dulu, banyak juga involve dengan pertandingan nyanyian dan persembahan tetapi waktu tu hanya saya dan suara :) Awal tahun 2010, saya telah jatuh cinta dengan satu instrument yang mengubah hidup saya which is guitar :) Saya boleh kata yang saya ni sangat amat obses dengan gitar sbb benda itu sangat membahagiakan saya. Saya decide untuk buat video di youtube pada 17th of August 2010. Ini adalah kerana saja nak share lagu yang saya suka dengan smua orang tapi kebanyakan cover yang saya buat, ada my own touch sikit lah kannn. Alhamdulillah video saya diterima ramai. Terima kasih daun keladi :D Tehee Currently, I have like 5 guitars and the most expensive one is Epiphone yang ayah saya baru belikan dalam Oktober tahun lepas. Oh yaa,I'm in love :) 


  •  Kenapa NajwaLatif?

Okay, as you all know, nama saya memang Imratul Najwa kan? Kalau saya guna nama Imratul Najwa itself, memang terbelit-belit lah kan lidah nak sebut. Panjang plak tu. Pfftt. Tapi, kalau saya guna najwa pulak, orang akan macam "eyh, najwa mana? Najwa yang feat dgn too phat ke? Najwa yang penyanyi arab tu ke? " Haha perasan lah kau wawa. Okay, back to the story. Jadi, I decided to combine my name dengan my ayah punya nama. SO, tadaaaaa. I'm NAJWALATIF y'awww :"D

  •  Why Singing and publish video dekat youtube?

Kan? Kenapa nyanyi ? Kenapa bukan menari ke, memasak ke? Hahaha well, Ini adalah kerana menyanyi adalah benda yang I'm good at. So, why not let the world hear what I'm singing kan? Saya melihat youtube sebagai satu medium untuk menunjukkan bakat dan menyebarkan kasih sayang melalui lagu kepada dunia. Walaupun tak lah satu dunia yang tengok video saya, tetapi orang-orang yang saya sayang boleh tengok saya dimana pun saya berada kann? Jadikan youtube sebagai satu medium yang positif. Apa-apa pun, mesti bergantung pada niat kann? Hee :)

  • Apa kenangan manis tahun 2010?

Alhamdulillah, saya patut cakap yang I'm a very lucky girl in this year. Banyak kejayaan saya dapat capai. Saya dapat buat keluarga saya bangga dan sebagainya. Saya mula dikenali pada tahun ini. Banyak dugaan yang saya harungi untu bermain gitar. Ada yang memuji, ada yang mengkritik dan sebagainya But, sebab itulah I've grown so much :) I become a better person. Saya ambil peperiksaan PMR pada tahun ini, dan I have to say yang saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya dapat. I got 7A and 1B, and that is the greatest gift yang saya boleh bagi pada ayah dan mama saya serta adik beradik yang lain. Dalam nyanyian juga, saya banyak dijemput untu membuat persembahan di area Johor. Pada akhir tahun, saya dijemput untuk membuat persembahan opening untuk dinner akhir tahun salah satu sekolah di Kuala Lumpur Bersama saya pada waktu itu membuat persembahan adalah, Monologue dan Liyana Fizi :) Itupun salah satu kenangan yang awesome pada tahun 2010.

  • Apa expectation untuk 2011?
Alhamdulillah, sebab saya semakin dikenali apabila memasuki 2011 ini. Even fan page saya di FB telah mencecah 1.6 k. youtube saya pula telah mendapat 116395 viewer tidak sampai setahun. Saya betul-betul bersyukur. I met many amazing person macam CikEpal yang sanggup luangkan masa buat review mengenai saya dan featured saya dalam blog dia. Dan yang lain-lain juga yang buat review, drop by untuk say hello di fb saya dan sebagainya, terima kasih :) Hanya Tuhan yang dapat membalas budi kalian. Terima kasih atas sokongan :) Jadi, saya tak harapkan pape yang besar untuk 2011. Cukup sekadar I can do well in my studies, I success in my singing stuff and dapat ramai lagi kawan-kawan baru. InshaAllah I wanna change and become a much better person . I will try as best as I can to make my parents, my siblings, and you :) proud. 

  •  Lain-lain?
I just wanna say thank you dekat ayah and mama sbb bg wawa peluang untuk belajar lebih mendalam lagi dlm bidang muzik dan sanggup meluangkan masa untuk hantar wawa dan sebaginya, i love u ! Terima kasih pada ayah sebab belikan gitar and masukkan wawa ke kelas gitar dan lain-lain. Thanks to all blogger yg tulis entry psl saya, really appreciate it  :) . Jujur tak tahu nk cakap terima kasih mcm mana smpi lupa apa nak tulis  haha. Ok , i guess tu je kot untuk pengenalan ni.  And before that;

HEY GUYS !!! NICE TO KNOW YOU ! :)

thanks for reading this blog. So, nanti esok ke mlm ni saya smbung lagi bercerita. hehe Gtg, ada tusyen Add Maths jap lagi . Much love . Wasalam.



Notasekangkangkera ; Silalah klik iklan nuffnang tu jika ada masa lapang yea :) Terima kasih kawan-kawan yang baik hati!